Kalau tidak silap aku tidak ramai pemimpin tertinggi parti datang menziarahi jenazah arwah. Mungkin minggu lepas presiden ada menziarahi arwah. Jadi tidak ada keperluan untuk beliau datang kembali menziarahi. Mungkin itulah tanggapan pemimpin pas dan komponen pakatan.
ATAU cukup kot sekadar tweet di twitter atau ucapan takziah di facebook.?
Jangan terkejut. Inilah politik. Arwah sudah tidak ada kepentingan dalam parti. Mungkin pemergian arwah amat dinantikan oleh mereka yang berkepentingan di Kedah.
Aku tidak pasti, berapa kali Agong turun menziarahi beliau. Yang pasti, semasa sihat Sultan Kedah amat senang dengan beliau. Semasa sakit baginda sanggup mencemar duli dan sekali lagi baginda menunujukan perasaan hormatnya kepada arwah dengan memberi penghormatan yang terakhir.
Prk Sungai Limau.?
Sebelum arwah dikebumikan sudah ada ura-ura agar Mat Sabu bertanding di Dun ini. Jika benar Pas meletakkan Mat Sabu sebagai ayam sabung di dun ini, ada kemungkinan Pas akan tumbang. Jika orang Pendang boleh menolak timbalan presiden parti, tidak mustahil Mat Sabu akan tersungkur juga di dun ini.
Jika Pas meletakkan Mat Sabu sebagai calon, Pas telah mengambil risiko. Mat Sabu amat popular, tetapi bukan popular kerana ketokohanya. Sebaliknya 'imej' syiah terpancar di mukanya. Jika Pas tidak meletakkan Mat Sabu sebagai calon, maka riwayat politik Mat Sabu akan padam. Sekarang ini, aku yakin ahli Pas tidak akan memilih beliau sebagai Timbalan Presiden bagi penggal akan datang.
Kesimpulanya, jika Pas tewas di kerusi ini, maka muktamar Pas yang dijadualkan November ini akan menjadi panas dengan topik "tahaluf siyasi" bersama pakatan. Harapan aku agar pengundi Dun Sungai Limau mencorakan kembali politik tanah air demi memartabatkan agama Islam.
Bagi aku, sepatutnya Pas sudah mempunyai keputusan post mortem pru yang lepas. Mengapa Pas tumbang di Kedah, mengapa 2 naib presiden mereka tewas disamping beberapa orang penting mereka. Apa yang mengujakan Pas ialah Pas menambah kerusi di Selangor. Jawapan itu ada pada " Pas For ALL".

No comments:
Post a Comment