Thursday, September 19, 2013

Orang Sabah menanti keputusan RCI

Dihadapan suruhanjaya (RCI) Sabah, Anwar menafikan beliau tahu berhubung projek IC di Sabah. Ujarnya, perkara itu tidak pernah dibawa ke kabinet, ataupun menghadiri atau mempengerusikan mana-mana mesyuarat mengenainya.

Dalam keterangannya, beliau tidak menuduh Tun menjalankan projek tersebut kerana dalam pengetahuan beliau pemberian ic sudah dilakukan sewaktu era Tun Abdul Razak.

Dalam hal ini aku melihat, projek di Sabah bukanlah kerana politik semata-mata. Ia berdasarkan pendedahan yang cuba dibuat oleh harakah melalui wawancara bersama Mat Swadi Awi.Dalam temubual berkenaan, beliau tidak menyebut secara langsung penglibatan Tun.

Apa yang aku simpulkan ialah, projek tersebut didalangi oleh Tun Datu Mustapha atas desakan kepentingan Islam. Walaupun pembangkang menuduh Tun anti Islam, disebalik tabir Tun banyak membantu Islam. Mungkin sebab itu beliau memberikan lampu hijau kepada Tun Datu bagi melaksanakan projek tersebut.

Malangnya, Tun Mahathir mengambil kesempatan diatas Datu Mustapha kerana tidak melantik beliau sebagai ketua perhubungan umno. Sebaliknya Tun melantik Sakaran Dandai sebagai pengerusi umno negeri.

Mungkin benar dakwaan penjualan ic di Sabah. Namun penjualan tersebut mirip kepada sindiket atau ketirisan dalam jabatan pendaftaran negara. Daripada kita menuduh adalah lebih baik kita menanti keputusan RCI.

Selama ini pembangkang memburukkan Tun berkaitan isu ini. Jika Anwar mengetahui pasukan khas bagi menangani isu kebanjiran pendatang dari Filipina dan dasar tersebut masih diteruskan sehingga hari ini, adalah mustahil Anwar tidak tahu akan wujudnya projek ic di Sabah. Ini kerana Anwar adalah anak emas Tun sewaktu era mereka berdua memerintah.

No comments:

Post a Comment