Monday, September 30, 2013

Pas dah mula kepanasan

Pas dapat menghidu persaingan sengit dalam prk Sungai Limau. Dari respon penduduk, tidak mustahil umno boleh memadam majoriti 2774 dalam pru yang lalu. Jika umno kalah, umum mengetahui Dun tersebut adalah Dun bagi Pas. Jika Pas kalah, dimana Mahfuz nak letak muka.
Mukhriz mengadakan majlis tahlil untuk arwah Ustaz Azizan
Semalam Mukriz sudah turun padang bertemu dengan pengundi Sungai Limau. Walaupun Sungai Limau kubu kuat Pas, Mukhriz menyarankan penduduk dun tersebut memberi peluang kepada umno untuk membangunkan kawasan mereka.
Kalau umno tidak menang, ada keyakinan majoriti akan berkurangan. Jika Mat Sabu menjadi taruhan Pas, peluang Umno lebih cerah. Dari respon penduduk, mereka mahu anak jati menjadi calon. Dalam Prk, kriteria calon memainkan peranan dalam menarik undi. Aku harap, umno dapat mengetengahkan agamawan dalam prk ini.

No comments:

Post a Comment