Thursday, September 19, 2013

Tun Abdul Razak Talibarut Jepun

Cerita Tun Abdul Razak menjadi tali barut Jepun biarlah blogger bertempur. Aku bukan blogger. Bagi aku, tidak semua sejarah tertulis. Mengikut catatan sejarah, Tun Abdul Razak pernah berlatih dengan tentera Jepun dan Tun juga pernah bertempur dengan tentera Jepun. Ini bukti menunjukkan Tun ditugaskan sebagai pengintip.

Apa yang menarik minat aku ialah kematian Chin Peng menyerlahkan bahawa begitu ramainya penyokong bapa komunis Malaya. Seperti sesuatu yang dirancang dengan teliti, Chin Peng diangkat sebagai seorang patriot negara.

Malaysiakini sengaja menyiarkan artikel pewaris komunis. Tidak perlu tanya kenapa, kita pun faham mereka itu siapa. British penjajah, jepun pun penjajah. Tetapi Chin Peng bukan penjajah. Chin Peng ialah pemberontak yang mahu malaya diperintah seperti di China. Jika komunis memperjuangkan kemerdekaan, sudah pasti mereka meletak senjata selepas negara merdeka.

Bukan Dap atau pembangkang sahaja menuntut agar kerajaan membenarkan mayat Chin Peng dibenarkan di bawa balik. Mca sekutu umno juga turut bersengkongkol dalam tuntutan ini. Aku harap umno tidak akan tunduk dengan parti yang semakin bersawang.

Memang kerajaan banyak kelemahan, tetapi pada pandangan aku, pakatan jauh lebih teruk daripada umno. Jika umno dilabel bobrok kerana rasuah, pembangkang juga tidak terkecuali. Jika pentadbiran kerajaan lemah, bukan semua orang kerajaan ialah orang umno. Dikatakan lebih daripada separuh kakitangan awam adalah penyokong tegar pembangkang.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pemimpin pembangkang, maka jelaslah siapa mereka. Chin Peng bukan sahaja akan diangkat sebagai pejuang kemerdekaan, malah mereka juga begitu terbuka dengan syiah. Bayangkan jika syiah dibenarkan di Malaysia. Adakah negara ini akan menjadi di kebanyakan negara arab.? Orang kafir memang suka melihat orang Islam berperang sesama sendiri.

Pas dikatakan sehidup semati bersama pakatan. Jadi fikirkan apa sebenarnya perjuangan Pas. 

1 comment:

  1. Apa yang cuba kau pertahankan sekarang ni?senang cerita la..kalau dulu british berideologi komunis dan si chin peng berideologi kapitalis. ko msti skrg mati mati pertahankn komunis tolak idea kapitalis.sbb ia umno.komunisme,sekular,kapitalisme adalah ide ide barat,bukan islamik..tapi pernah tak kau kaji sendiri bahawa ada negara yg beridelogi komunis atau sosialis lebih peka dengan tanggunjawab mereka dengan rakyat.mendidik semua rakyat termasuk pemimpin tidak meletakkan kelebihan meterialis itu satu kebanggaan,sedangkan bnyk kebajikan rakyat yg perlu di utamakan.u can see how happy the Cuban nowdays. Btw tulis blog pandai,tapi bila kaji pulak jangan la sekerat sekerat brader.x best nk baca..sekian

    ReplyDelete