Saturday, October 26, 2013

Intipati budget 2014

Summary.

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok. Penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500. Pesara akan menerima Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. Pembayaran akan dibayar awal Januari 2014.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan kepada RM650 daripada RM500 bagi individu berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, manakala bujang akan menerima kenaikan bayaran kepada RM300 daripada RM250. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucar buku RM250 diteruskan.

Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas salah laku penjawat awam terhadap laporan yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

GST - GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus dan tidak akan dikenakan kepada barangan asas, pengangkutan, lebuhraya, pekhidmatan kerajaan, pendidikan dan kesihatan. Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik juga dikecualikan. Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih turut dalam senarai pengecualian.

Insentif perlaksanaan GST.

Penurunan cukai pendapatan.
Bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada penerima isi rumah BR1M. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratus. Ini membawa maksud golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus. Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus sementara kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata peratus.

Mulai tahun depan, pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa Pemotongan Cukai Berjadual dianggap cukai muktamad.

Perumahan.

Sementara itu, RM1.9 bilion diperuntukan bagi membina 223,000 rumah mampu milik. yang dikendalikan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dan Jabatan Perumahan Negara.

Rumah mampu milik (PR1MA) - RM500 juta untuk membina 50,000 rumah dan RM300 juta lagi bagi membina 30,000 rumah dengan kerjasama pemaju perumahan swasta.

Berpendapatan rendah - RM320 juta diperuntukan kepada SPNB untuk membina 22,855 unit rumah termasuk 1,855 unit apartmen kos sederhana dan 10,000 unit perumahan rakyat.

Program Perumahan Rakyat (PPR) - RM578 juta kepada Jabatan Perumahan Negara bagi membina 16,473 unit rumah PPR dan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan 146 juta ringgit.
..................................................................................................................................................................
Fiskal ekonomi negara.

Budget defisit memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion. RM217.7 billion diperuntukan bagi mengurus, 46.5 billion peruntukan pembangunan.
  • Defisit fiscal 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  • inflasi antara 2 peratus dan 3 peratus.
  • Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1
  • Ekonomi domestik diunjur berkembang antara 5 peratus dan 5.5 peratus.
  • Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126
  • Kutipan perolehan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
  • Pelaburan swasta RM189 bilion, pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion
  • Hasil sebanyak 224.1 bilion ringgit, tambahan 4 bilion (2013)


Belanja Mengurus ( 217.7 B)
  • RM63.6 bilion Emolumen
  • RM36.6 bilion Perkhidmatan dan Bekalan.
  • RM114.5 bilion Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap
  • RM1.4 bilion Pembelian Aset
  • RM1.5 bilion perbelanjaan lain.
Belanja Pembangunan (46.5B)
  • RM29 bilion ekonomi
  • RM10.5 bilion sosial (pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat)
  • RM3.9 bilion keselamatan
  • RM1.1 bilion ringgit bagi pentadbiran am
  • RM2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka
Budget 2014 menggariskan lima teras utama.

Teras Bajet Yang Pertama: Merancak Aktiviti Ekonomi
Teras Bajet Yang Kedua: Mengukuh Pengurusan Fiskal
Teras Bajet Yang Ketiga: Mengunggul Modal Insan
Teras Bajet Yang Keempat: Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar
Teras Bajet Yang Kelima: Mensejahtera Kehidupan Rakyat

Merancak Aktiviti Ekonomi

1 .Meningkat Potensi Sektor Logistik
2. Menggalak Industri Penerbangan
3. Mempromosi Sektor Pelancongan
4. Meluaskan Akses Internet
5.. Mengukuh Pasaran Kewangan
6. Menggalak Skim Persaraan
7. Meningkatkan Rantaian Sektor Pertanian
8. Pembangunan Usahawan
9. Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana
10. Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana

Antara rancangan projek pembangunan.
  • Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316 kilometer
  • Landasan keretapi berkembar Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru
  • Projek Ammonia Urea Sabah
  • Pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan dan projek loji regasifikasi di Lahad Datu
  • RAPID di Pengerang
  • RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi (Projek Agropolitan - Koridor Pembangunan Sabah dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak)
Merancak Sektor Perkhidmatan
Pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia

Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
  • Membina pusat pengurusan trafik udara baru di Subang dan RM700 juta akan dibina di KLIA
  • Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
  • Lapangan terbang antarabangsa Langkawi dan lapangan terbang Kuantan dinaik taraf
Mempromosi Sektor Pelancongan
  • RM2 bilion pinjaman mudah bagi pembinaan infrastruktur berkaitan dengan sektor pelancongan.
  • RM1.2 bilion perbelanjaan promosi dan pengiklanan.
Meluaskan Akses Internet.(Inisiatif Jalur Lebar Negara, )
Fasa Kedua Projek HSBB melaksanakan projek High Speed Broad Band atau HSBB.
RM1.8 bilion- liputan bandar
RM 1.6 bilion – pinggir bandar
RM 1.5 bilion – luar bandar
RM 850 juta – Sabah dan Sarawak ( pemasangan kabel dasar laut)

Mengukuh Pasaran Kewangan
1 bilion Pelaburan Sukuk

Menggalak Skim Persaraan
210 juta insentif persaraan PRS

Sektor Pertanian 6 bilion bersama 6 langkah inisiatif 
Memperkukuhkan FAMA bagi memperluaskan pasar tani dan perusahaan. 2.4 bilion ringgit diperuntukan bagi bantuan pertanian ( baja dsb) dan 243 juta bagi tanaman semula. RM 634 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Antara projek - tanaman padi, projek ikan dalam sangkar, projek rumpai laut dan burung walit, projek herba bernilai tinggi,

Pembangunan Usahawan
RM50 juta - pembangunan, latihan, pembiayaan dan pemasaran bagi usahawan baru dan 50 juta ringgit di diperuntukan di bawah Tabung Usahawan Siswazah.

Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana
RM120 juta ringgit yang merangkumi dana pinjaman PKS dan 100 juta ringgit bagi Skim Usahawan Pasar Malam.

Pendidikan
Bidang yang mendapat peruntukan terbesar iaitu sebanyak, 54.6 bilion ringgit atau 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan tahun 2014 .
  • 530 juta bagi menambah 93 pra sekolah
  • 209 juta bagi latihan guru
  • 168 juta memperluaskan internet
  • 33 juta membina dan menaiktaraf sekolah
  • 450 juta Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah
  • 600 juta ringgit sebagai geran penyelidikan di institut pengajian tinggi awam
  • 110 juta ringgit MyBrain15
  • 500 juta meningkatkan latihan kemahiran
  • 178 juta Menaiktaraf institut latihan JTM
  • 400 juta program upskilling dan reskilling

Pertahanan dan Keselamatan.
Sebanyak 8.8 bilion ringgit kepada Polis Diraja Malaysia bagi keperluan mengurus dan pembangunan asset. Peruntukan ini termasuk membeli keperluan senjata dan menaiktaraf Ibu Pejabat Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah dan kuarters kakitangan.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan anggota tentera, 13.2 bilion ringgit diperuntukan bagi menampung perbelanjaan mengurus. Jumlah anggaran pembelian asset seperti enam buah offshore patrol vessel, empat buah pesawat kargo dan pembelian peralatan sokongan, kereta perisai, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 2.4 bilion ringgit.

Kesihatan dan pembangunan belia.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta bagi pembangunan sukan dan akan menyediakan kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) secara percuma kepada pesakit buah pinggang.

Secara keseluruhan kerajaan memperuntukkan RM22.1 bilion bagi sektor kesihatan yang merangkumi perbelanjaan operasi dan pembangunan. Ia termasuk pembinaan pembinaan Hospital Tanjung Karang dan blok tambahan Hospital Jeli serta menaik taraf Hospital Kuala Lipis dan 30 klinik desa.

Selain itu sebanyak RM3.3 billion diperuntukan bagi menyediakan bekalan ubat dan peralatan perubatan serta penambahan bilangan jururawat seramai 6,800.

Belanjawan kali ini, memperuntukan 500 juta bagi projek Lebuhraya Pan Borneo disamping 437 kilometer jaringan jalan luar bandar. Sebanyak 865 juta ringgit diperuntukan bagi 16 ribu rumah dan 265 juta ringgit diperuntukkan bagi menaiktaraf sistem penjanaan di Sabah.
http://www.1malaysia.com.my/en/blog/infografik-bajet-2014/

No comments:

Post a Comment