Tuesday, October 8, 2013

Islam itu adil, pemimpin Islam yang tidak adil

CTS menyambut baik saranan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang bercadang mahu mengurangkan jumlah kakitangan Tabung Haji untuk dihantar bertugas di sana bagi menambah bilangan kuota jemaah Haji. Agak menarik juga satu lagi cadangan beliau untuk melantik rakyat Malaysia yang bermastautin di Mekah bagi menggantikan kakitangan yang dihantar ke tanah suci bermula tahun depan.

Sebagai penambahbaikan, CTS ingin mencadangkan kepada Datuk Azeez agar mengurangkan atau menghapuskan terus kuota yang diberikan kepada sebahagian Menteri-Menteri saban tahun. Ini kerana adalah tidak adil kuota Rakyat untuk menunaikan Haji terutama buat kali pertama diberikan kepada pengiring-pengiring Menteri.

Kita faham kalau Menteri igin membawa ahli keluarga mereka menunaikan Haji, tapi apakah perlu kuota ini diberikan kepada Menteri yang sama saban tahun? CTS juga mendapat tahu ada juga pengiring-pegiring Menteri yang dapat mengikuti segolongan Menteri setiap tahun memandangkan hubungan rapat mereka dengan Menteri berkenaan. Adilkah dengan kuota sebegini? cts

Pusat Zakat Kedah tak payah sembang pasal untung besar hasil daripada pembayaran zakat umat Islam. Sedangkan pada masa yang sama ada umat Islam yang benar-benar memerlukan bantuan daripada zakat.
Sebuah keluarga di Kampung Dulang Besar benar-benar miskin tapi telah diabaikan.
Ibu bapa sakit. Anak lelaki terpaksa berhenti sekolah dan mencari pekerjaan kampung. Anak perempuan yang berusia enam belas tahun terpaksa berhenti sekolah hanya untuk menjaga kedua-dua ibu bapa yang uzur.
Rumah yangbanda lihat di dalam gambar di atas adalah hasil gotong royong penduduk kampung. Bekalan api dan air diperolehi dari rumah mertua di sebelah.
Kaum bijak pandai di Baitulmal Kedah gamak-gamaknya buat apa sekarang? tfk

Kalau duit zakat diagihkan kepada mereka yang sepatutnya, tidak ada orang Islam yang miskin. Jika mereka dibantu, nescaya satu hari nanti mereka akan membantu orang miskin lain. Itulah indahnya hukum Islam.

1 comment:

  1. AZEEZ RAHIM tak pi haji?? patut pengerusi pi haji. JAMIL KHIR perhi tapi AZEEZ RAHIM
    tak pergi... hmmm.. AZEEZ RAHIM bukan pilih kebajikan tapi lebih pentingkan politik.

    ReplyDelete