Tahun ini perkara yang menarik perhatian aku ialah pelupusan 7659 pasang kasut kastam yang tidak memenuhi spesifikasi. Kenapa terjadinya sebegitu.? bukankah sepatutnya, vendor harus membekalkan spec tender yang ditetapkan.?
Apabila Jabatan Audit mengazetkan harga RM602,089 kepada 7659 pasang kasut, ia sebenarnya memberi perseptif negetif kepada kerajaan. Aku rasa harga tersebut harga keseluruhan tender dan bukan nilai kasut yang dilupuskan. Seharusnya Jabatan Audit lebih teliti mengeluarkan laporan.
Rakyat kecewa apabila perbelanjaan yang dibelanjakan tidak logik untuk rakyat menerima keputusan kerajaan. Pertama, kos seorang kakitangan kerajaan berkursus di Geneva ialah sebanyak 300K. Mahal bonar kursus tu. Kursus 4 hari tetapi kos seperti ambik phd 3 tahun.
Kedua ialah RM320K untuk membuat atau menyelanggara facebook. Apa jadahnya buat satu akaun facebook semahal itu. Facebook free satu hal, dan yang paling penting aku tak pernah nampak kempen anti merokok kat facebook. Sebelum ini menteri pelancongan Ng Yen Yen terbabit dengan skandal 1.8 juta untuk tujuan promosi. Kalau nak kelentong pun agak-agak la.
Tetapi adakah laporan audit itu telus atau perlukah jabatan audit perlu diaudit.
Apa yang aku maksudkan ialah jika benar penjelasan berkenaan dengan jam dinding RTM.
'Master Clock System telah digugurkan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Teknikal Tender. Tiada keperluan untuk membekalkan Slave Clock dalam kontrak ini, Jabatan hanya menyenaraikan Branded Wall Clock dengan anggaran kos asal RM100 sahaja. Bagaimanapun, kontraktor telah menawar dan membekalkan Branded Wall Clock yang mengandungi ciri-ciri Slave clock yang bernilai RM3,810.00 (harga pasaran yang telah disemak). Secara tidak langsung RTM mendapat bekalan jam dinding yang bermutu tinggi dan melebihi value for money'.
Kesimpulan daripada laporan audit, terdapat banyak ketirisan dalam perbelanjaan dan pada masa yang sama jabatan audit sepatutnya tidak culas dalam menjalankan tanggungjawabnya. Jadi jangan lupa apa yang blogger pembangkang dedahkan.
Pemasangan 30 papan iklan berjumlah hampir 500K.? Sekali imbas agak mahal tetapi sebenarnya harga tersebut tidak mahal dan bersesuaian. Apa yang diisukan ialah berkenaan dengan struktur binaan yang tidak menepati spesifikasi. Dalam tender, mencetak dan memasang adalah 2 kerja. Jadi kos kerja perlu dibayar mengikut kerja. Disini, biasanya juruteknik akan menyemak kerja-kerja vendor agar ia menepati spesifikasi.
Kesimpulanya, aku rasa ketirisan papan iklan ini adalah kelemahan pemantauan penyelian projek peringkat bawahan. Seharusnya dalam pemilihan tender harus mengambil berat pematuhan spesifikasi. Murah kalau tak berkualiti pun tak guna.
Tender kena mengikut keadaan. Jika kerja kategori urgent memang agak mahal. Sebagai contoh, kos membuat satu projek dalam 5k, tender akan mencecah 8k. Blogger hanya pandai menghentam tanpa melihat diri sendiri. Agak-agak brape bayaran yang dikenakan kepada blogger untuk menjadi budak suruhan.?


No comments:
Post a Comment