Walaupun Kelantan membentangkan belanjawan defisit, namun pertumbuhan ekonomi yang dicatatkan oleh kerajaan negeri membanggakan berbanding dengan negeri di bawah bn. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Kelantan bagi tahun 2011 ialah sebanyak 6.5% dan bagi tahun 2012 ialah 5.4%.
Antara negeri yang ditadbir dengan boros atau tidak cemerlang, ialah Terengganu. Angka belanjawan yang dibentangkan agak mudah. 1 billion untuk mengurus dan 1 billion untuk pembangunan. Tetapi perbelanjaan yang dilaburkan tidak memberi impak kepada kdnk negeri atau ekonomi negeri.
Sudah beberapa tahun kebelakangan ini, budget yang dibentangkan oleh Najib ialah budget defisit dan kdnk hanya berkembang sekitar 5%. Kemungkinan pada pembentangan budget tahun ini masih dalam unjuran tersebut.
Kenapa kdnk dan defisit negara penting. Kesimpulan mudah. Sedikit sebanyak faktor ini menentukan matawang negara atau forex. Jika matawang kita tidak mengukuh, bermaksud kita kehilangan duit atau kita membayar lebih terhadap hutang dan perbelanjaan.
Menyebut tentang matawang, ia meliputi perbelanjaan semua, termasuk kos sara hidup kita. Contoh. Jika matawang rendah, maka tnb kos operasi tnb akan meningkat kerana membeli coal dan minyak dengan harga yang lebih tinggi akibat penyusutan nilai wang kita. Jika kewangan tnb tertekan, maka tnb akan menaikan tarif dan seterusnya rakyat akan terbeban. Tetapi biasanya, jika kenaikan itu bukan dalam tempoh yang lama kos tersebut akan diserap oleh syarikat atau kerajaan akan membantu.
Disini kecekapan tnb atau sesebuah syarikat tidak memberi kesan kerana ia di luar kawalan. Jika tnb atau syarikat malaysia kurang untung atau jika kenaikan kos tersebut perlu diserap oleh kerajaan, maka ia merugikan rakyat.
Apa yang aku cuba pointkan ialah berkenaan dengan jumlah peruntukan pembangunan. Sudah beberapa tahun, kerajaan telah mengurangkan angka bagi perbelanjaan pembangunan. Jika budget dikurangkan, maka pembangunan juga pasti tidak baik dan kdnk yang akan dicatatkan tidak memberangsangkan. Jika semua tidak baik, sudah pasti pendapatan kita juga kurang baik.
Sebenarnya walaupun angka itu dikurangkan, namun jumlah yang diperuntukan berbilion. Jika kerajaan mempunyai kecekapan yang tinggi, ia mampu menghasilkan unjuran kdnk yang lebih baik dengan mengenal pasti projek yang memberi impak kepada ekonomi.
Mampukah kerajaan atau pekerja awam meningkatkan kecekapan sedangkan dalam aspek pengurusan terdapat banyak teguran seperti yang dilaporkan dalam audit negara. Ketirisan ini banyak merugikan rakyat. Berbillion hilang dalam angka kerana ketidakcekapan urus tadbir. Bayangkan ia terjadi kepada tnb. Keculasan mengakibatkan kerugian 2 billion sedangkan tnb hanya mencacat keuntungan 2 billion.
Jika penjawat awam cekap dan pemimpin politik tidak korup, ekonomi negara pasti akan mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik. Kos operasi, tnb, petronas, proton atau syarikat Abu trading akan berkurang dengan sendirinya. Bila untung, pendapatan kerajaan makin banyak.
Contoh, kerajaan perlu menekankan ekonomi berprestasi tinggi. Maksudnya, tak perlu la buka kilang banyak. Kilang-kilang ini lebih banyak memberi pekerjaan kepada warga asing. Jika negara banyak perkerja asing, secara tidak langsung subsidi makin bertambah dan duit keluar makin banyak. Lebih baik kerajaan menekankan ekonomi seperti pelancongan kesihatan atau ekonomi terkini seperti syarikat google. Kita boleh memberi rakyat kita peluang kerja yang lebih baik dan seterusnya belanja kerajaan kurang dikeluarkan kerana rakyat semakin ada duit. Orang susah kurang, kerajaan kurang memberi bantuan kepada rakyat.
Aku tidak menyatakan perindustrian tidak penting.Pendapatan ekonomi dalam bidang ini masih baik. Namun kita perlu sedar. Negara bukan tahun 80an dan 90an dimana purata pendidikan rakyat rendah. Dewasa ini, kebanyakan rakyat kita sekurang2nya memiliki diploma. Mereka separa mahir dan jika diberi latihan intensif mereka akan menjadi pekerja mahir.
Jadi kerajaan harus mencari pelabur yang kurang mengguna tenaga kerja kurang mahir tetapi menekan ekonomi berasaskan teknologi. Ia secara tidak langsung akan mengurangkan kedatangan rakyat asing datang ke Malaysia.
Alamak... dah panjang plak.. patut aku nak tulis lain.... tapi aku dah mengarut plak.. ermm...
No comments:
Post a Comment