“Dulu waktu saya jadi Presiden MT UMNO berdebat sampai pukul 4 pagi , isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak Majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa”
![]() |
| BTN tidak memiliki orang seperti beliau |
MT umno perlu diperkukuhkan dengan pemimpin yang kaya dengan pengalaman politik matang, berjiwa melayu, berpengetahuan dan pandai menyesuaikan suasana suhu politik. Presiden perlu menjadikan MT Umno majlis penasihat yang unggul bagi melakar politik BN dan memantau dasar kerajaan. Aku tidak menolak kepimpinan orang muda, tetapi pemimpin muda wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin bertaraf nasional.
Perlukah MT Umno seperti Tun Faisal Ismail Aziz?
Apa yang aku nampak beliau lebih diperlukan Pemuda. Untuk setakat ini, hanya presiden parti mempercayai politik media sosial. Pemimpin veteran masih terleka dengan budaya tradisional. Ini yang menjahanamkan parti. Untuk apa menyalahkan mereka, sedangkan pemimpin muda juga seperti mereka.
Adakah Umno menolak media sosial.?
Jawapan aku - umno tidak pernah menolak media baru. Mereka tidak melakukan secara terang, tetapi menggerakan jentera alam maya melalui pemuda. Oleh sebab itu Tun Faisal mempunyai dana yang mencukupi bagi membiayai UMB.
Secara jujur, apakah sumbangan besar Datuk Razali Ibrahim.? Adakah beliau berjaya memainkan peranan yang sepatutnya?
Nama yang perlu dalam MT Umno.
Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Nasir Safar
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Dr Norraesah Mohamad
Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Hamidah Osman
Datuk Idris Haron
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Idris Jusoh
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah nama besar dalam umno. Tetapi realitinya, beliau bukanlah pilihan akar umbi. UDA dibawah Nur Jazlan gagal sama sekali membantu bumiputera. Pemimpin seperti ini harus ditolak oleh akar umbi. Diantara beliau dengan Tun Faisal, aku kira UMB lebih berjaya daripada UDA.
Kod etika Pemilihan umno memang terlalu rigid. Dalam sistem pemilihan Umno yang baru ini, hanya calon yang mempunyai kuasa sahaja berpeluang untuk mendapatkan sokongan dan berpeluang memiliki pengaruh dalam parti. Dengan pengalaman yang ada, sepatutnya MT lebih matang dalam membuat kod etika.
Calon MT, Datuk Ishak Ismail hanya layak menjadi perwakilan. Masih ingatkan sindiran beliau kepada Najib?
Ishak juga turut berkongsi pengalamannya bersama Najib dan beberapa orang rakannya di suatu malam sewaktu presiden Umno menjadi ketua Pemuda.
Katanya, pada malam tersebut, terdengar satu letupan kuat sehingga mengejutkan mereka dan Najib kemudian berkata kepadanya: "Hak, apa kita nak buat. Saya kata, raba telur you".
"Saya tanya, ada Datuk? Dia jawab, ada Hak," katanya, diikuti dewan yang gamat dengan gelak ketawa perwakilan.
Manakala Najib pula kelihatan tersipu-sipu malu sambil menunjukkan tangannya ke arah Ishak.
Beliau sekali lagi menggamatkan dewan apabila berkata beliau berbuat demikian kerana mengetahui Najib bakal menjadi perdana menteri.
"Apa guna jadi perdana menteri kalau telur tidak ada," katanya dan dewan sekali lagi riuh.
Katanya, pada malam tersebut, terdengar satu letupan kuat sehingga mengejutkan mereka dan Najib kemudian berkata kepadanya: "Hak, apa kita nak buat. Saya kata, raba telur you".
"Saya tanya, ada Datuk? Dia jawab, ada Hak," katanya, diikuti dewan yang gamat dengan gelak ketawa perwakilan.
Manakala Najib pula kelihatan tersipu-sipu malu sambil menunjukkan tangannya ke arah Ishak.
Beliau sekali lagi menggamatkan dewan apabila berkata beliau berbuat demikian kerana mengetahui Najib bakal menjadi perdana menteri.
"Apa guna jadi perdana menteri kalau telur tidak ada," katanya dan dewan sekali lagi riuh.
Ishak juga memberi petua kepada perwakilan cara hendak mengenal seseorang suami yang takutkan isteri daripada caranya bertepuk tangan.
Secara berseloroh, beliau berkata, lelaki yang bertepuk dengan tangan kiri di atas, ia menunjukkan seseorang yang takutkan bini.

No comments:
Post a Comment