Tuesday, October 1, 2013

Umno perlukan pemimpin yang hebat

Walaupun aku percaya intenet mempunyai pengaruh yang besar, tetapi aku tidak percaya dalam pemilihan umno media sosial mempunyai peranan yang cukup besar. Jika benar blog boleh mempengaruhi keputusan pemilihan, sudah pasti mesyuarat cawangan tidak ada isu tidak cukup korum. Tetapi aku tidak menolak sepenuhnya peranan media sosial.

Walaupun umno menggunakan sistem pemilihan baru, corak kempen lama masih sesuai diguna pakai. Ketua setiap cabang masih memainkan peranan dalam pemilihan. Jika Tun Faisal dibenarkan bertanding bagi kerusi MT, belum tentu beliau boleh berjaya. Tetapi jika berjaya, ia adalah kerana sokongan terbuka daripada sayap pemuda kepada calon dari Pemuda. Oleh sebab itu, aku yakin ada dikalangan pemuda yang bertanding kerusi MT mempunyai peluang cerah untuk menang. Tidak keterlaluan aku katakan Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Rical Merican akan berjaya dalam perebutan kerusi tersebut.

Meremajakan umno

Aku minta maaf, aku kurang berminat dengan kenyataan ini. Untuk menarik pengundi tidak semestinya parti dibarisi oleh orang muda. Pemimpin pembangkang rata-rata semua dah berusia. Tetapi mengapa masih mampu menarik golongan orang muda.?

Rakyat mahu pemimpin itu berkebolehan dan berkarisma untuk membawa perubahan kepada negara. Bukan usia yang dicagarkan. Kalau muda tak berwawasan pun nak buat apa. Begitu juga kalau tua tapi umpama tin kosong atau keperibadian mereka amat memualkan.

Ketua Pemuda.

Aku tidak menyokong Khairy tapi aku yakin beliau mampu mengekalkan jawatan. Jika Akramsyah mahu bertanding, sepatutnya sudah lama beliau membina nama. Bukan hari ini nak berak, hari ini buat tandas. Disinilah peranan media sosial.

Khairy berkarisma, tapi sayang sekali jiwa melayunya kurang. Sebab itu aku tidak menyokong beliau disamping beliau adalah talam dua muka.

Ketua wanita aku menyokong Sharizat. Tidak ada kompromi. Wanita dibawah naungan beliau masih utuh walau badai cina dan orang muda menolak umno. Jika Azalina bertanding mungkin aku berkira-kira kerana Azalina juga sudah membuktikan kewibawaanya membawa puteri umno ke tahap yang ditakuti oleh pembangkang.

Ketua Puteri dibawah Datuk Rosnah amat lesu dan hampir tiada peranan. Satu sayap dalam umno dimana kebanyakan mesyuarat cawangan tidak cukup korum. Mungkin Mas Ermieyati mampu membawa perubahan.

Naib Presiden - 
Kerusi paling panas ketika ini. Aku menyokong Zahid dan aku yakin Zahid akan mendapat undi yang tertinggi. Jika tangan Tun memainkan peranan, Mukhriz akan mendapat salah satu kerusi.  Jika tidak, mungkin beliau terpaksa mencuba pada pemilihan akan datang. Kewibawaan Ali Rustam dan Isa Samad tidak boleh diperkecilkan. Mereka ada kelebihan masing-masing. Tapi aku harap Mukrhiz mendapat satu tempat.

Selagi Najib tunduk dengan punahsihatnya, aku tidak menyokong beliau. Ramai lagi orang melayu yang berjiwa melayu mampu menjadi penasihat yang baik kepada perdana menteri.

No comments:

Post a Comment