Denggi di Selangor memang meningkat. Bulan lepas, satu kematian dicatatkan di tempat aku. Sebelum ini ramai sahabat aku masuk wad kerana demam denggi. Di kawasan Sungai Besi lama begitu juga. Banyak kes dicatatkan. Dimana-mana Selangor sudah menjadi kawasan hitam demam denggi.Lokman berkata, 412 lokaliti berwabak denggi dipantau di seluruh negara setakat ini, dengan 79 lokaliti kawasan panas dikenal pasti melibatkan hanya di Selangor."Lokaliti kawasan panas ini berlaku di empat daerah di negeri Selangor iaitu 38 lokaliti di daerah Petaling, 30 lokaliti di daerah Hulu Langat, sembilan lokaliti di daerah Gombak dan dua lokaliti di daerah Sepang," katanya.
Secara jujur aku tidak menyalahkan kerajaan Selangor kerana semua negeri mencatatkan peningkatan. Namun di Selangor peningkatan kes naik mendadak. Kenapa.?
Tikus ‘sebesar’ kucing ditangkap dalam Ops Tikus
Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 16 NOV : Tikus ‘sebesar’ kucing antara antara haiwan pembawa penyakit yang berjaya dikumpul penduduk sempena gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di kawasan komersil PJS9, Subang Jaya.
Ops Tikus yang diadakan di kawasan komersil PJS 9 Sunway bersama Jawatankuasa Penduduk Zon 2 itu sebagai usaha mengurangkan populasi tikus dan mengatasi aduan berkaitan kekotoran disebabkan jangkitan penyakit bawaan tikus.
Menurut Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, Ops Tikus yang dijalankan hari ini di kawasan itu berjaya mengumpulkan sebanyak 44 ekor tikus.
Sebelum ini Ops Tikus turut dijalankan di kawasan komersil SS14, SS15, PJS 9, USJ 2 and Taipan.
“Pada tahun hadapan kita akan diadakan kawasan SS19/6,” kata Hannah.
Tahun lalu Ops Tikus DUN Subang berjaya mengumpulkan 571 ekor tikus bagi mengawal populasi haiwan itu daripada terus membiak dan memberikan ancaman kepada kesihatan masyarakat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah bahananya menyimpan duit untuk kebanggaan. Sepatutnya duit rakyat untuk membantu rakyat. Membantu bukan setakat memberikan duit belanja. Memberi persekitaran yang sejahtera adalah tanggungjawab kerajaan termasuk keselamatan dari ancaman penyakit.
Cuci la longkang yang tersumbat. Banyak kawasan di Bangi masih belum dibersihkan. Memang ada kerja-kerja pembersihan, namun masih belum menyeluruh. Denggi terhasil akibat kawasan persekitaran yang kotor, terutama longkang tersebut.
Penyelenggaraan kawasan kerja aku amat memuaskan. Namun demam denggi masih banyak dicatatkan. Tahun lepas syarikat dikenakan denda kerana kejadian ini. Hasil dari siasatan, bukanlah semak samun tetapi kawasan berhampiran termasuk satu medan makan tidak diselenggara dengan sempurna. Sampah pun masih tidak diangkut mengikut jadual.