Lim Guan Eng tidak menipu. Haji Hadi yang menipu. Sejak bila Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan hudud.? MCA sahajakah tidak setuju dengan hudud.? Jika Dap mengutuk Islam, Pas kata mereka bukan Islam. Tapi bila Mca menolak hudud, itu rakan umno. MCA itu Islamkah.?
Pas hanya menggunakan hudud sebagai bahan politik. Memalukan sungguh.
Jika benar Pas bersungguh dengan hudud, sudah pasti mereka mendesak agar negeri Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang Al-Quran.
Dalam ucaptama Datuk Harun Taib, beliau menegaskan Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan. Ia tidak bercanggah dengan perlembagaan negara. Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad berkata Mahkamah Syariah Kelantan kini sudah mampu untuk menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan Kelantan pimpinan PAS mampu menguatkuasakan undang-undang berkenaan di negeri ini.
Katanya, ini kerana segala prasarana berkaitan pelaksanaan hukum Islam itu sudah lengkap termasuk mempunyai hakim untuk melaksanakannya.
Masakan Kelantan belum bersedia sedangkan sudah 22 tahun memerintah.
Yang paling mengjengkelkan aku, apabila usul mendesak negeri PR melaksanakan hudud dikatakan silap lapor. Pemimpin Pas bermain silap mata bodoh. Ironinya mengapa ahli Pas boleh percaya.?