Sunday, November 17, 2013

MP muslim wajib menyokong pindaan Hudud

Datuk Nik Aziz memerintah Kelantan selama 20 tahun. Beliau pernah menulis surat kepada Tun M mengenai hasratnya untuk melaksanakan hudud. Tun M menolak hasrat Kelantan kerana draf yang diberikan tidak adil atau tidak lengkap. Dalam jawapan bersurat, Tun M menyarankan agar draf tersebut dipinda.

Dalam hal ini, aku tak tahu di pihak mana yang benar. Perlaksanaan hudud di Brunei terhad kepada orang muslim. Jadi aku berpendapat, Malaysia boleh melaksanakan hudud untuk orang muslim.

Dalam pembentangan bajet Kelantan 2014, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 1 juta bagi membangunkan prasarana bagi tujuan tersebut. Ketika ini, kerajaan Kelantan memerlukan masa bagi meneliti permasalahan dari pelbagai sudut termasuk pertindihan undang-undang.

Apa yang aku mahu tekankan ialah, selama ini kerajaan Kelantan hanya bercakap tetapi tidak pernah serius untuk melaksanakannya. Dibawah menteri besar yang baru, ada kesungguhan ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
Selepas tidak dilantik menjadi exco negeri, Husam banyak mendedahkan kepincangan Nik Aziz. Persoalan aku, kenapa beliau tidak mengutarakan sewaktu memegang jawatan.?

Masalah perlembagaan.

Semua pengamal undang-undang menyatakan, Kelantan tidak boleh melaksanakan hudud jika tidak ada pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menyekat kuasa makamah syariah.

Dalam respon berkaitan, Shaidan menegaskan parlimen sedia membahaskan pindaan akta tersebut jika ada ahli parlimen yang membawa usul tersebut.

Aku berharap jika usul pindaan ini dibawa di dewan rakyat, semua ahli parlimen muslim tidak ada yang menolak. Majoriti orang Islam mahu hudud dilaksanakan. Noktah.

Aku berharap Pas tidak mempolitikan isu ini. Perkara utama, ia perlu dibawa ke parlimen untuk dibahaskan.

Kenyataan ini dijaja oleh Pas untuk menghentam umno.



Mereka tidak menyebarkan kenyataan Dr. Zul tentang realiti. Tun M dikecam kerana menolak hudud kerana beliau berpendapat, banyak lagi agenda dalam Al-Quran belum dilaksanakan.  Lebih menarik, minit 1.15 Dr. Zul membongkarkan bahawa hudud adalah mainan politik pemimpin Pas. Maksud aku, di depan ahli Pas mereka ingin melaksanakan, tetapi realitinya pemimpin Pas tidak ada agenda ke arah itu.