Monday, November 25, 2013

Pas ganti umno

Taniah kepada Mat Sabu dan Pas. Sejak awal muktamar, ahli Pas mahu menolak ulama sebagai pemimpin parti. Jika Dr. Mariah secara terbuka menolak kepimpinan ulama, kemenangan Mat Sabu tidak mengejutkan.

Jika ahli Pas menolak ulama, antara Pas dan umno sudah tidak ada bezanya. Pas mendokong ulama hanya retrotik. Orang agama dalam Pas hanya hiasan semata.

Dalam penutuapan ucapan, Hj. Hadi menawarkan kerjasama dengan umno. Ia sesuatu yang baik untuk umat Islam. Walaupun agak jangkal, aku menyokong cadangan ini tanpa ada prejudis. Banyak kali cadangan mukzakarah diantara kedua parti Islam ini, namun seringkali menuju jalan buntu.

Pas mahu melaksanakan hudud bersama umno. Tapi pada dasarnya mereka bersama dengan Pkr. Agak aneh bunyinya. Bukankah sepatutnya Pas mengajak rakan parti sebelum berdialog dengan umno.? Anwar tidak cukup Islamkah untuk dirunding.? Jika PKR menolak hudud, mengapa Pas sanggup bertuankan beliau.?

Dap dilambung tinggi, umno diperlekeh. Tapi pada masa yang sama mereka mahu berdialog dengan umno. Secara tersirat, aku boleh katakan Pas mahu menjerat umno kerana Pas sekarang ini sudah terjerat dalam politik mereka sendiri.
Dari aspek kepimpinan, Pas jauh kebelakang daripada parti politik lain,  Apa jua isu, Pas tidak mampu menjadi juara. Pas hanya parti penumpang. Jika Pas tidak mampu menjadi parti dominan, bagaimana Pas boleh menggantikan umno. Pas sendiri mengakui dalam lisan dan tulisan, bn itu umno.

Presiden umno ialah perdana menteri Malaysia, jika ditakdirkan Pakatan menawan Putrajaya, presiden Pas hanya timbalan perdana menteri bersama dengan Lim Kit Siang. Setandingkah presiden Pas dan umno.?