Sedang asyik membaca, dari belakang dengan selamba orang rumah tegur, " komando kan pandai berenang, InsyaAlllah selamat". Pada waktu itu, berita 13 komando selamat sudah diupdate. Aku je yang ketinggalan.MELAKA 8 Dis. - Sebanyak 13 anggota komando dari Kem Tentera Sungai Udang di sini dilaporkan hilang selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka berdekatan Dataran 1Malaysia Klebang di sini malam tadi.Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam ketika anggota pasukan khas itu menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka di perairan tersebut.
Bot jenis Assult yang dinaiki oleh 11 pelatih dan 2 jurulatih |
Menurut berita Harian Metro,seorang daripada 13 komando menceritakan bahawa mereka bergilir berendam dalam laut dan berpaut pada bot sebelum enjin dapat dihidupkan.
“Hanya lima orang berada dalam bot pada satu-satu masa manakala yang lain berpaut pada badan bot bagi mengelak terbalik semula.
“Kami bertukar kedudukan untuk menyimpan tenaga. Pelbagai usaha dilakukan dan menggunakan segala ilmu dan kemahiran dipelajari ketika kursus selain ditambah dengan pengalaman dan kepakaran jurulatih.
“Akhirnya, enjin bot berjaya dihidupkan dan kami kemudian terus bergerak ke pantai," katanya ketika ketika ditemui di Hospital Kem Terendak, hari ini.
Rakannya pula berkata: “Selepas bot dapat dibetulkan, kami cuba untuk membaiki enjin pada sebelah malam dan siang. Tapi, gagal. Kami kemudian guna pelbagai peralatan termasuk bekas makanan dan dayung buatan sendiri.
“Kami juga membuat layar dengan harapan dapat ke pesisir pantai tetapi angin dan ombak membawa bot hanyut ke tengah laut hingga hampir memasuki perairan antarabangsa.
“Jurulatih pula sentiasa memberikan semangat supaya tidak berputus asa. Jurulatih mengarahkan kami supaya tidak berpecah.
“Selepas beberapa jam mendayung, jurulatih kemudian berusaha sekali lagi membaiki enjin iaitu cubaan ketiga dengan memasukkan minyak senjata dalam enjin.
“Allah hendak tunjuk dengan kuasaNya dan enjin berjaya dihidupkan kira-kira 6 petang dan kami pun bergerak ke arah pantai berpandukan pergerakan kapal dagang di perairan antarabangsa," katanya.
Seorang lagi mangsa berusia 20-an berkata, mereka bertolak dari pantai Kem Sungai Udang pada petang Sabtu lalu, dijadualkan tiba di Pulau Nangka, kira-kira jam 5 pagi.
“Namun kira-kira jam 10 malam yang bot dinaiki terbalik dan disebabkan laut bergelora dan ombak kuat,” katanya.
Mereka adalah antara 13 anggota tentera berusia 19 hingga 23 tahun terdiri 11 pelatih komando serta dua jurulatih mereka yang dilaporkan hilang selepas bot jenis Assault yang mereka naiki dipukul ribut dan ombak ketika menyertai latihan mendayung dari pantai Kem Sungai Udang ke Pulau Nangka, malam Sabtu lalu.
Kehilangan kumpulan itu disedari 32 anggota dan seorang pegawai yang turut sama menyertai latihan berkenaan menggunakan empat bot berlainan selepas mereka berjaya mendarat di Pulau Upeh, kira-kira jam 12.30 tengah malam hari kejadian.
Bagaimanapun, selepas 28 jam hanyut di perairan Selat Melaka, semua mangsa berjaya tiba di pesisir pantai berhampiran Jeti Tanjung Beruas, Pantai Puteri di sini, kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.
Datangmu tidak diundang, Jika ragu-ragu sila pulang |
Kalau pelatih komando sudah hebat, sudah pasti "komando" lagi hebat. Ini betul-betul COMANDO.
Tiada kaitan dengan insiden, aset terbaek dari ATM
No comments:
Post a Comment