Gambar menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.
Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan
Dalam kejadian berasingan, dua buah motor BMW 1000RR dan DUCATI dirempuh oleh sebuah Myvi yang memotong di lorong kecemasan.
Dipetik daripada King Ajoi :
Niat dua orang bikers pulang dari KSDP untuk membantu mangsa kemalangan di highway menjadi sia-sia apabila motor BMW 1000RR dan DUCATI yang diletakkan di lorong kecemasan dilanggar oleh pemandu yang mementingkan diri sendiri yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong.
Kemalangan tersebut juga mendapat perhatian dari Tengku Hassan Johor dan Dato Dino, Ketua Polis Pahang yg juga terlibat dalam ride KSDP kebetulan lalu di situ...Mereka sempat singgah dan bertanya khabar kepada bikers terlibat. sumber
No comments:
Post a Comment