Jarang kita dengar projek Najib. Semua isu panas berkaitan perdana menteri akan dikaitkan dengan Rosmah. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Begitu juga dengan Isu Mat Sabu, walau tidak mempunyai bukti kukuh, tidak bermakna beliau bukan orang syiah.
Persoalan aku, mengapa Rosmah selalu menyusahkan suaminya. Isteri tunjang suami, tapi berlainan dengan Rosmah. Isteri menjadi liabiliti kepada suami. Ada sahaja isu yang dibangkitkan. Tidak salah meraikan hari lahir, tapi biarlah berpada-pada. Kalau boleh jangan ambik penajaan dari sesiapa. Ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi. Untuk setakat ini, belum ada pihak yang mengaku membodek Rosmah. Tapi kalau majlis ini dari duit Najib, apa hak kita untuk menghalang. Kita sendiri meraikan birthday isteri kita.
Pagi tadi topik minum pagi, terkena soalan hangit. Apa komen 1MDB membuat pelaburan 7 billion di Pulau Cayman.1MDB itu Rosmah punya tau..!!
Jawapan aku: 1MDB ialah syarikat kerajaan. Amalan kerajaan negeri sekarang ia dipanggil MBI iaitu dibawah selian menteri besar. Kalau syarikat kerajaan, kenapa nak cakap Rosmah punya. Tu syarikat rakyat la. Kalau untuk melabur, tak salah pun kalau nak melabur kat mana. Kalau melabur kat bulan boleh menguntungkan.. laburlah. Rakyat yang untung.
Sebenarnya isu 1MDB isu pilihanraya. Rafizi memetik ulasan yang dibuat oleh The Edge yang mendakwa satu tranksaksi meragukan dikesan hasil laporan tahunan 1MDB.
Ramai yang menyimpan duit di pusat kewangan "haram". Bukan Najib, Rosmah dan pemimpin BN, pemimpin pembangkang pun tidak terkecuali. Ko ingat Anwar nak simpan duit kat Bank Islam ke.?? adoi..
Jika telahan ini benar, sudah pasti ia akan meletup.
207 billion hampir sama bajet negara. Tak agak-agak nak spin |
No comments:
Post a Comment