Banjir kali ini antara yang terburuk direkodkan dan terburuk dari sejarah misi bantuan. Ramai mangsa mengadu bantuan lambat tiba, bekalan makanan tidak mencukupi dan penyediaan tempat pemindahan yang kurang sesuai.
Dikatakan, pusat pemindahan sementara kekurangan bekalan makanan dan minuman. Kesian kepada anak yang masih menyusu. Ada laporan menyatakan mereka kehabisan susu. Alhamdulilah, menteri besar berwatakan orang kampung telah menyelesaikan dengan "menyamun" susu di Giant dan barang keperluan asas.
Semalam Ahmad Said bertindak ala samseng "memecahkan" pintu lori yang membawa muatan roti. Tindakan itu dibuat apabila orang ramai sudah pada tahap "kebuluran".
Sedih membaca ada diantara mereka kelaparan kerana stok makanan dan minuman tidak mencukupi. Sedih bila melihat mereka kehilangan harta benda. Sedih melihat binatang mati. Kesedihan kita tidak mampu mengubat kesulitan mangsa, tetapi doa yang kita pohon, InsyaAllah Allah akan makbulkan.
Banjir di Pahang bermula di Kuantan dan selepas itu di Pekan. Kalau tak silap, banjir bermula dari Isnin lepas. Kebetulan aku minum dengan anak-anak Pahang. Tak sangka mereka pun rasis seperti orang Kelantan. hehehe.. kebetulan kot mereka minum satu meja.
Semalam melalui media, Muhyiddin memohon maaf atas kesulitan dan kelewatan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan. Beliau mengaku bantuan lambat sampai dan bekalan makanan hanya cukup sekali makan. Beliau menyatakan, masalah itu timbul apabila mereka tidak menjangka banjir berlaku awal dan mangsa yang terlibat lebih dari jangkaan.
Untuk setakat ini, mangsa banjir direkodkan melebihi 60,000 mangsa di seluruh negara.
Banjir berlaku setiap tahun dan kerajaan amat berpengalaman menangani banjir besar. Kerajaan melalui MKN sepatutnya bersedia lebih awal. Tidak timbul isu kerajaan tidak menjangka banjir tahun ini lebih awal awal.
Kelmarin aku membuka laman web kajicuaca. Malang laman ini tidak boleh dibuka. Pada musim jerebu, laman ini juga susah untuk diakses. Tak perlu komen. Fikir sendiri.
Banjir boleh dijangka, kedatangan ribut juga boleh dijangka. Mengapa kerajaan tidak mampu menjangka banjir besar akan berlaku.? Apa fungsi jabatan kaji cuaca.? Kalau laman web pun tidak mampu diselenggara, tidak hairan kerajaan tidak menjangka bandar Kuantan akan tenggelam.
Menguruskan bencana memang bukan perkara mudah. Ia memerlukan perancangan yang teliti. Tetapi kita sudah lali dengan banjir. Pada 2006 Kota Tinggi hampir hilang dalam pandangan. Dalam hal ini, MKN harus meniliti semula sop pengurusan mangsa banjir.
Blogger politik dan pengamal media sosial mengambil kesempatan dalam membuat laporan. Ada berita yang dilaporkan tidak tepat. Ada juga tulisan sengaja untuk memburukkan orang. Sekalung taniah kepada ngo dan mereka yang membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir.
Presiden umno dan Pas turun padang. Tapi tak nampak kelibat presiden dan penasihat keadilan. Aku belum baca laporan atau gambar mca dan Dap membantu mangsa banjir. Mungkin ada membantu, tapi aku kurang membaca.
Oh ye... tindakan Mad Said itu adalah kebetulan. Ada laporan menyatakan, beliau lalu di tempat dimana orang ramai sedang memaksa dua pemandu lori memberikan roti yang dibawa kepada mereka. Pemandu lori itu enggan berbuat demikian. Mad Said dengan 'kuasa' veto mengarahkan roti diagihkan segera. Selepas itu, beliau mengarahkan orang bawahanya memberi bekalan makanan kepada mangsa yang terlibat.
Orang dah lapor, takan nak tunggu makanan yang belum tentu ada. Jadi tak perlu la nak panjangkan cerita. Kalau pengurus Gardenia boleh percaya dengan Mad Said mengapa kita yang tidak membantu besar mulut mengutuk.
Orang Malaysia memang sikapnya camni.
P/s: kadang-kadang diorang tak mintak tapi org nak bagi…soal mangsa banjir ni kita ada kerajaan yang patut uruskan..rakyat, menyumbang apa yang perlu dahla, takkan nk guna duit masjid sume..kita ada peruntukan bantuan bencana alam, sumbangan org ramai..zakat lagi.. (komen seorang admin)
Aku tidak bersetuju pandangan ini. Lebih baik membantu orang susah daripada membayar ceramah beribu. Penceramah perlu menjadi contoh. Bukan hanya tahu mengkritik tetapi gagal dalam perlaksanaan.
No comments:
Post a Comment