Wednesday, February 12, 2014

20K untuk kereta camry exco Selangor


Untung jadi orang politik. Gaji besar kemudahan pun super hebat. Kalau mutu perkhidmatan setanding dengan kemewahan tak apa juga. Bila kita mohon bantuan, mudahnya mereka memberi jawapan. Kekangan kewangan. Tapi beli kereta untuk kemudahan sendiri, mampu pula. aduhaii.!!

Lima tahun sekali mesti kena tukar kereta. Kalau kereta lama nanti exco tak boleh buat kerja, badan sakit-sakit saje. Sekarang sudah memasuki penggal kedua, jadi kereta baru sudah sampai, tunggu masa untuk serah kunci.

Yang menariknya, bayar RM20,000 dapat kereta baru. Kalau betul kerajaan mahu menjaga duit rakyat, lelong sahaja kereta tersebut kepada rakyat. Kalau setakat RM20K, esok aku pun boleh bayar. Siapa tak nak Camry second lima tahun RM20K. Tengok mudah berapa harga camry second lima tahun.

Biasanya BN menjual kereta tersebut kepada orang yang memakai. Amalan ini terlalu korup dan wajar dihentikan. Kereta itu bukan hak dia, tetapi hak kerajaan dan hak rakyat. Kenapa harus bagi murah-murah kepada mereka. Dah la dapat kenaikan gaji tinggi, faedah super mewah dapat lagi kereta mewah.

Kalau kerajaan menawarkan harga jualan mengikut pasaran, aku tak kisah. Tapi lelong bapak punya murah. Jaja hak rakyat bukan main hebat, tapi hak rakyat ko rembat.

Pakatan bab mengencing memang kuat. Ketelusan la, intergriti la, tidak ada direct nego la, alih-alih meletup skandal 1 billion dengan perjanjian direct nego. Yang paling bengang, tanah yayasan Selangor lak tu.

Kalau amalan BN diteruskan, apa gunanya tukar kerajaan, bukankah sama-sama korup.BN ok lagi, kereta perdana dan dah lama, tak la ralat sangat.

Alasan Kedah Membeli Camry
  • Pembelian kenderaan baru itu bagi menggantikan kereta lama, iaitu Proton Perdana V6 Eksekutif yang sudah tidak lagi ekonomik digunakan berikutan kerap rosak dan kos membaikinya agak tinggi.
  • Malah ada di antara kereta terbabit sudah berusia 10 tahun pada tahun itu dan patut dilupuskan, tetapi ia masih digunakan kerana tiada ganti.
  • Keputusan membeli kereta import itu berikutan peratusan susut nilai harganya lebih rendah, berbanding model Proton Perdana V6 Eksekutif, selain penyelenggaraannya lebih mudah dan murah.

Kerajaan Bn dah la kereta Malaysia, usia kereta hampir 10 tahun belum ada perancangan menukar kereta. Pakatan sebelum memerintah, punyalah zuhud. Tapi bila dapat kuasa, geli pula nak pakai kereta lama. Sebab itu, semua kerajaan pakatan lepas dapat kuasa terus tukar kereta. Sekarang mereka tukar kereta macam tukar baju.

Belum dapat kuasa boleh la sembang kuat. Dah dapat kuasa, lebih teruk dari BN.

Betul ke maintenance kereta perdana lebih mahal daripada kereta Camry. Super hebat bukan...!! Kalau mahal, rakyat ini golongan kaya kot... sebab itu pakai kereta lama perdana.

Kalau maintenance kereta import lagi murah, tutup je la proton tu... pemimpin sendiri tak nak pakai, rakyat pula di sogok dengan kereta mahal. Dah la mahal, kurang selesa lak tu. Porahh..!!

Macai Pakatan

Tapi setelah UMNO/BN merampas kembali Kedah, Camry yang berusia tidak sampai empat tahun itu telah dijual pula oleh Kerajaan UMNO/BN.

Apa punya alasan entahlah...

Mungkin kerana kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan Mukhriz sudah kaya raya.. jadi bagi mereka kereta yang berusia tak sampai empat tahun itu perlu digantikan kerana dianggap sudah usang

Tak tahu nanti macam mana macai pembangkang spin cerita. Pusing sana pusing sini, yang untung orang politik juga. Rakyat juga yang ditipu makan asap.

Tamrin memerangi rasuah, tetapi kereta mewahnya hasil dari rasuah.

Betul la tu, kepalsuan yang nyata mampu dibutakan dengan mulut manis.