Semuanya memberi alasan berkaitan kewangan yang tidak cukup dan bidang kuasa. Jelasnya mereka tiada penyelesaian buat masa ini, dan meminta kita bersabar.Tidak logik alasan Yb ini. Kerajaan banyak duit, tapi bila rakyat mohon bantuan boleh kata takde duit. Pakatan sudah memerintah 2 penggal, umno masih dipersalahkan.
Dah kaya tapi kerajaan negeri masih berkira dengan MARA. Kalau la negara ini diperintah oleh mereka, mungkin mereka lebih teruk dari BN.
Apa yang dibanggakan dengan rezab kalau tidak dinikmati rakyat. Kalau dulu bukan kerana putrajaya dengan KLIA, mungkin Semenyih masih pekan koboi. Nak memajukan kawasan kena guna duit, bila dah siap orang lain yang dapat nama.