Wednesday, February 12, 2014

JDT bagai syaitan yang perlu diperangi

Memang seronok tengok keadaan macam ini. Meriah macam malam raya. Tetapi perlakuan membakar flare atau suar dalam stadium boleh mengancam nyawa dan ia tidak sesuai ditonton bersama keluarga.

Kita nak kualiti bola sepak dinaikkan, kualiti pengadilan dinaikkan, kualiti sekuriti dinaikkan dan juga kualiti stadium dinaikkan

Dalam keghairahan menyemarakkan industri bola sepak tempatan, aspek pengadilan masih terbelakang. Semasa perlawanan JDT dan Pahang, banyak insiden kekerasan dilakukan oleh pemain, namun pengadil tidak memberikan pengadilan yang terbaik.

Stewart ada menendang bola dengan sengaja ke muka Figueroa semasa pemain itu terjatuh. Sebelum itu banyak provokasi yang dilakukan oleh Stewart, tetapi pengadil masih berdiam diri.

Shafiq Rahim diterajang di depan mata pengadil tetapi pengadil hanya melayangkan kad kuning kepada Razman Roslan. Bagi aku pemain pertahanan Pahang ini boleh dilayangkan kad merah. Mungkin pengadil memberi advantage kerana perlawanan diadakan di stadium darul makmur.



Razman sengaja membuat terjahan kepada Shafiq dan wajar pemain ini dikenakan kad merah. Mungkin ada asas mengapa pasukan JDT selalu merungut dengan aspek pengadilan. Pasukan mereka bukan mahu menjadi anak emas FAM tetapi mereka mahu pembelaan yang sewajarnya.


Ada kedengaran cerita di warung mamak Pablo Aimar tidak gemar bermain di Malaysia. Ok la kan, jika ada peluang lain, dia boleh la tinggalkan JDT. Dengan keputusan itu, ramai yang akan bersorak kegembiraan. Mungkin juga TMJ boleh turut serta untuk tidak melibatkan diri dengan bola sepak. Sudah pasti satu Malaysia akan bersorak.

Kalaulah ini kemahuan rakyat Malaysia, aku tiada kata.

Sebentar tadi perlawanan antara PDRM dan Pahang bagi Piala FA. Lesu tidak bermaya. Aku nak tengok pun takde mood. Tutup Tv dan baca blog.

Aku tahu PDRM kuat dibawah naungan Zahid dan pasukan ini antara pencabar dalam liga perdana. Walaupun... Walaupun liga perdana, semua pasukan dibentuk dengan begitu rapi kerana masing-masing mahukan pasukan mereka layak ke liga super.

Sepatutnya, jika semua pasukan bersaing dengan sihat, tidak ada seperti konspirasi, bersih dari sebarang pergaduhan, bola kita liga kita boleh sehebat dulu. Tetapi, aku tidak nampak ada sinar pada penghujung terowong. Hanya kegelapan yang berterusan.

Kita boleh membina stadium wembley, tapi untuk membina pemain dan penyokong seperti di eropah, ia tidak mungkin terjadi dalam masa terdekat.