Ada yang kata, Nisdawati yang over. Oleh kerana Sharnaaz bertindak mendiamkan diri, cerita pasangan suami isteri menjadi tumpuan.
Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta.
Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.
Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.
Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.
Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.
Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.
“Saya hanya minta penjelasannya dan dia munkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung”, katanya yang turut memberitahu Sharnaaz juga menyumpah anak dalam kandungan isterinya.
Berikutan insiden itu dia dan isterinya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Sementara Nisdawati pula berkata, dia tidak tahu menahu punca diserang dan dimaki-hamun Sharnaaz. Dia jua berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh datang dan berbincang secara elok dengannya, bukan dengan cara menamuk dan memaki hamun.
Kuala Lumpur: “Aku dekat lokasi penggambaran. Kalau pasal Nisda (Nisdawati Nazaruddin) dan Fauzi (Fauzi Nawawi), aku tak nak komen,” kata Sharnaaz Basir Ahmad, 29, ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal apabila Sharnaaz bertindak mematikan talian telefon.
Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian dia kembali menghubungi wartawan, namun tetap enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar kejadian itu biarpun diminta berulang kali supaya berbuat demikian.
Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.
“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.
“Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)....,” katanya.
No comments:
Post a Comment