Bangang ke apa Hindraf nak kawal duit kerajaan |
Jika dibandingkan dengan siswazah cina dan india, ramai belia India terlibat dalam aktiviti gangsterisme, sementara orang pelajar cina lebih tertumpu dengan aktiviti persatuan. Pelajar melayu.? Malas..
Di Kajang, Don Zhong dikatakan mendesak kerajaan untuk mengiktiraf UEC dan meminta 100 ekar tanah di Sepang.
#Prk Kajang
Sesiapapun yang bertanding melawan Anwar di Kajang, dia akan kalah walaupun orang itu Tun Mahathir. Sekalipun kerajaan mengiktiraf UEC, hanya keajiban mampu menafikan hakikat pakatan rakyat adalah pilihan orang Selangor.
Ada orang memberi pendapat, umno kena menolak pemimpin seperti Sharizat.
Pendapat ini mengarut. Ramai pemimpin buangan umno dikutip oleh pakatan. Anwar orang umno, Tamrin orang umno, Mat Taib orang umno yang dah tua kerepot pun mendapat tempat dalam pakatan. Apakah hujah itu boleh diterima.
Kalau Sharizat join Pakatan rakyat, tidak mustahil dia akan dijulang.
#BN Vs Pakatan
Khalid Ibrahim memecat 23 orang staff PKNS. Staff tersebut adalah penyokong Azmin. Menurut Khalid Ibrahim, langkah tersebut mampu menjimatkan RM7 juta setahun. Berapa gaji mereka sebulan.?
Siapa yang meluluskan perlantikan mereka kalau bukan menteri besar Selangor sendiri. Kalau bukan kerana sengketa Khalid dan Azmin, berkemungkinan mereka masih menikmati gaji amat lumayan. Setelah pemecatan mereka, timbul la cerita kerana mereka harga rumah PKNS mahal dan menyusahkan rakyat.
Apa yang aku pointkan, apa bezanya pakatan rakyat dan barisan nasional. Kalau pemimpin buangan umno mereka sanggup jilat, mustahillll mereka mampu fikir senario PKNS.
Ia hanya contoh. Jika ada rakyat mengatakan mereka menolak umno kerana Sharizat... plss.... anda sendiri tidak tahu kehendak anda.