Hari ini majlis peguam menyelar tindakan ngo yang memijak gambar beberapa peminpin kanan pakatan rakyat. Turut mengecam tindakan tersebut, Ahli Parlimen Taiping, Idris Ahmad. Beliau menyifatkan tindakan tersebut memalukan negara.
Mungkin pemimpin pakatan lupa, siapa yang mengajar mereka melakukan perkara seperti ini. Siapa yang membawa budaya ini ke dalam negara.? Mengapa mereka tidak mengecam semasa pemimpin mereka melakukan perkara ini.TAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.
Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.
Aku rasa memijak dan membakar bendera kerana tidak menyukai undang-undang negara lain adalah perbuatan yang biadap dan memalukan negara. Bukan setakat memalukan, dikhuatiri akan merosakkan hubungan baik sedia ada.