Friday, February 21, 2014

Sengsara rakyat selangor kerana air percuma

Teringat masa kecik-kecik dulu. Kat kampung tahun 80an.. sendiri mau ingatlah. Biarlah mereka merasai nikmat kehidupan yang sebenar. Terima Kasih pakatan rakyat kerana memberi pengalaman baru kepada mereka.
Aku juga berkemungkinan akan menerima nasib seperti mereka. Tanpa air hidup kita akan porak peranda. Rakyat Selangor memilih pakatan rakyat kerana mahu skim air pecuma yang bersamaan dengan RM11 atau  20 meter padu yang bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen.

Sebelum pru 13, Selangor sudah mula mengalami sedikit gangguan bekalan di beberapa kawasan. Oleh kerana musim pru, kerajaan Selangr melipatgandakan kempen. Pilih umno, bil air naik, pilih pakatan air percuma. Keputusan pru umum sudah maklum. Pakatan semakin hebat di Selangor.

Diseluruh pelusuk Selangor pasti ada banner ini

Aku pernah 'bertekak' dengan member, lebih baik aku keluarkan duit RM20 asalkan pili air aku sentiasa mengeluarkan air. Tapi mereka lebih dahagakan RM11.

Tahun lepas beberapa kawasan sekitar Selangor sering mengalami bekalan air. Kebanyakkan orang Selangor memejamkan mata memekakan telinga. Kerajaan negeri sering menyalahkan Syabas sedangkan kerajaan negeri mempunyai share dan wakil dalam pengurusan Syabas.
Orang bandar sudah celik dan terbuka. Sebab itu berita panas seperti edisi kantoi menjadi perbualan hangat walaupun ianya fitnah atau tidak berasas. Celik tapi mudah ditipu, tidak pekak tapi mudah dikelentong.

Kerana itu juga, kerajaan negeri banyak menjimatkan wang kerana mereka tidak memperuntukkan dana bagi menambahbaik rumah pam sedia ada. Sekarang rumah pam semakin tidak mampu menampung untuk menapis air mentah untuk keperluan rakyat Selangor.

Semakin tua, tenaga semakin kurang. Begitulah rumah pam dan infrastruktur yang lain. Kerajaan Selangor tidak menyambung pembangunan infrastruktur daripada kerajaan terdahulu. Sebaliknya mereka hanya mempraktikan pembangunan tanpa belanja.

Hakikatnya dalam isu air, siapa yang betul.?

Ketika itu, kata Chow, air terpaksa diangkut dari rumah dan kilang tempat abangnya bekerja antara lima hingga enam kali sehari untuk kegunaan kedai.
Mohd Nor Asnan Awang (kiri), 33, seorang kakitangan awam pula berkata tidak tahan lagi mengangkat air ke pangsapuri tingkat tiga yang disewanya tiap hari. 
Jika terjadi seperti ini, besar sangatkah RM 11.? Kenapa prk Kajang Anwar tidak menyebut jasa besar kerajaan negeri.?

Sengsara orang balakong, belum lagi cerita bergaduh kerana berebut air di Sepang.


Propaganda umno..?