Permohonan itu bukan tuntutan fasakh seperti dilaporkan pelbagai pelbagai media, sebaliknya permohonan cerai cara baik.
Setahu aku, seorang isteri menutut cerai dari suami melalui makamah dipanggil fasakh. Ada perkataan lain ke selain fasakh.?Fasakh tuntutan cerai dari seorang isteri kepada suaminya dengan cara yang baik. Inilah keindahan Islam.
Difahamkan juga, cakap-cakap bahawa Nurul Izzah menarik balik permohonan cerainya bulan lalu tidak benar ekoran tiada permohonan sebegitu dibuat setakat ini.
Pasal nikah kahwin pun nak spin ke. Hal nikah kawin harus diwar-warkan agar tidak mendatangkan syak wasangka. Andaikata, orang tidak tahu Nurul Izzah diceraikan dan dia keluar berdua dengan lelaki lain, bukankah mendatangkan fitnah.Allah swt tidak menyukai penceraian, tetapi Allah mengizinkan seperti mana Allah tidak menyukai suara kaldai tetapi Allah menjadikan keledai.
Aku nasihatkan diri aku, jangan mengata orang, takut nanti terkena batang hidung sendiri. Doakan sahaja yang terbaik untuk mereka berdua.