Friday, March 21, 2014

Anwar kelentong dunia

Najib hanya muncul selepas 8 hari pesawat hilang. Kelentong Anwar disambut tawa oleh penyokong mereka. Bila dajjal menghasut, hati yang bersih boleh menjadi buta.

Kalau tidak silap aku, Najib memberi kenyataan media petang Sabtu hari pertama pesawat MH370 hilang. Kebetulan aku juga di Janda Baik.


Mengagungkan media antarabangsa sedangkan CNN mengatakan Kuala Lumpur di Indonesia.



Bila menipu dia akan tergagap-gagap tetapi apabila mengkritik lancar saje si dajjal ini menghentam. Kesian Kapten Zaharie, kehilangannya sepatutnya dipuji sebaliknya Anwar malu untuk mengaku dia penyokong setianya.

Andai Kapten Zaharie wira #MH370, aku yakin kenyataan Anwar akan berpusing 360°.
ULASAN GB

Yang anehnya, Najib meminta rakyat tidak membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, TETAPI beliau sendiri melakukan spekulasi.

Yang teruknya spekulasi itu menjurus kepada persepsi bahawa juruterbang itu telah mematikan transponder dan merampas pesawat dan menyebabkan siasatan polis dilakukan selepas itu..

Komen blogger macai.

Transponder dimatikan bukan spekulasi tetapi ia hasil siasatan dari pakar. Yang membuat spekulasi ialah blogger.

Untuk setakat ini, kerajaan tidak pernah menuduh pilot membuat rampasan. Siasatan ke atas juruterbang setelah kemungkinan kehilangan kapal dikaitkan dengan rampasan.

Oleh sebab itu, pihak luar mengecam Malaysia lambat mengambil tindakan.

Pendapat aku, kerajaan tidak menyiasat simulator yang dimiliki oleh Kapten Zaharie kerana siasatan awal  hanya menjurus kapal terbang terhempas dan bukan rampasan.

Walaupun terdapat dua individu menggunakan pasport palsu, kerajaan menolak teori rampasan kerana hasil siasatan, dua warga Iran hanya dalam situasi kebetulan.

Pada hemat aku, walau apa jua yang berlaku Kapten Zaharie orang yang memandu kapal terbang  itu. Ia berdasarkan kepada cara ia dipandu. Hanya orang yang berpengalaman luas mampu untuk memandu di luar laluan disamping pemanduan teknikal yang mengkagumkan.

Apapun, semoga petunjuk yang diberikan oleh penyiasat Australia mampu menemui pesawat yang hilang.

No comments:

Post a Comment