Monday, March 10, 2014

Cerai isteri sebab kaya

Semua orang mahu kaya atau setidak-tidaknya mahu menumpang kekayaan. Berbeza dengan guru matematik ini yang suka dengan kesederhanaan.

London – Wang tidak boleh membeli kebahagian. Mungkin ramai yang tidak setuju namun ia adalah punca seorang lelaki, menceraikan isterinya iaitu seorang wanita paling kaya di Britain.

Lelaki itu, Tony Hawken, 57, yang juga bekas guru matematik, menceraikan isterinya, Xiu Li, 51, kerana dia sudah bosan dengan kehidupan mewah.

Li merupakan seorang jutawan wanita yang mempunyai 22 pusat beli belah di China dan dianggarkan mempunyai harta bernilai £1.2 bilion.

Pasangan itu menetap di sebuah rumah bernilai £1.5 juta di Surrey.

Meskipun mereka hidup dalam kemewahan namun Hawken tidak berasa selesa kerana lebih menggemari kehidupan sederhana.

Malah dia meneruskan tabiatnya membeli buku di kedai jualan murah dan tidak memakai pakaian berjenama.

“Saya tidak selesa dan tidak suka membelanjakan wang yang banyak. Saya dibesarkan dengan kehidupan sederhana,’’ katanya.

Selepas berpisah, Hawken memperolehi wang sebanyak £1 juta .

“Saya mendapat harta penyelesaian dan ia bukan sesuatu yang hebat tapi cukup untuk saya kerana saya tidak suka berjoli,’’ katanya.

Hawken bertemu dengan Li dalam satu janji temu dan ketika itu dia masih seorang guru manakala wanita itu pula mempelajari bahasa Inggeris.

Selepas berkahwin, mereka sering berjauhan kerana Li sibuk dengan perniagaannya. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, William yang berusia 17 tahun. sumber

No comments:

Post a Comment