Wednesday, March 5, 2014

Darah balas darah

Orang seperti ini tidak layak untuk menjadi pemimpin. Patut dia yang diacukan pistol.

Beruk lagi mulia dari YB Seberang Jaya.


Darah balas darah

Klang: “Syukur nyawa saya masih panjang apabila pistol tidak meletup ketika penjenayah itu melepaskan tembakan yang disasar tepat ke kepala saya,” kata Koperal Aidil Mustafa, 29.

Dia seorang daripada dua anggota polis yang diserang sekumpulan lima warga Indonesia di Taman Sentosa, dekat sini awal pagi semalam, menyebabkan rakannya Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 53, meninggal dunia akibat ditetak di kepala.

Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu turut mengakibatkan dua daripada penjenayah terbabit mati selepas ditembak Aidil yang berjaya merampas semula senjata, namun dia turut cedera di muka akibat ditikam dengan pisau.

“Lelaki yang merampas pistol (milik Raja Aizam) itu memetik picu sambil pistol dihalakan tepat ke kepala. Saya terdengar bunyi tap! tap! Apabila pistol tidak meletup, saya rampas semula senjata itu dan menendangnya hingga terjatuh.

“Pada masa sama datang seorang rakan lelaki terbabit menerkam lalu memeluk saya sebelum saya ditikam dengan pisau. Saya kemudian melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mereka,” katanya. metro
JENAZAH Raja Aizam dibawa menaiki van untuk dikebumikan di Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment