Sunday, March 30, 2014

Kebebasan bersuara ada had

Samseng sudah menutup akaun facebook. Dulu ugutan seperti boleh didakwa dibawah jenayah kanun keseksaan kerana mengugut.


Seorang pilot Air Asia telah digantung bertugas kerana mengeluarkan kenyataan melulu. Air Asia telah mengambil tindakan kerana ia tidak mahu mengambil risiko seperti yang terjadi ceo Air Asia X.

Seorang staff TNB tidak belajar dengan isu semasa. Kenyataan mengkritik dalam pencarian pesawat tidak menjadi isu, ramai yang mengkritik kaedah kerajaan.


Mungkin dia tidak sedar, semua staff tertakluk dengan polisi syarikat iaitu menjaga nama baik syarikat. Jika disabit kesalahan boleh dibuang kerja. Setakat ini TNB belum mengumumkan sebarang tindakan displin terhadap beliau.


Sewaktu adanya ISA, mereka yang mengeluarkan kenyataan gulingkan kerajaan akan ditahan sekurng-kurangnya untuk siasatan. Tetapi kini, gulingkan kerajaan seperti sudah ucapan biasa kepada semua orang.

Gulingkan kerajaan umpama merogol demokrasi dan boleh mencetuskan huru-hara. Sebelum ini Rafizi Ramli juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Kenapa mereka terlalu kebal.?

No comments:

Post a Comment