Wednesday, March 19, 2014

Solat dakwah

Aku tak marah bukan sebab aku tak sayang agama aku. Mereka bukan Islam dan bukan tinggal di negara Islam. Budaya dan negara mereka tidak menghormati Islam.

Mereka dinobat sebagai pejuang hak asasi tetapi pada masa yang sama mereka tidak menghormati hak asas seorang manusia.

Beragama hak asasi setiap manusia, tetapi mereka mempertikaikan amalan agama lain. Mereka mahu kita mengikut cara mereka walaupun mereka kencing berlari.

Malangnya ramai dikalangan kita pemuja demokrasi dengan membuta tuli.

Dimana mereka belajar?



Nak mengajak orang solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Dalam masa yg sama ia juga pengajaran bahawa solat tak semestinya di surau dan masjid sahaja walau ia tentu terbaik. Jangan sampai kerana surau dikunci, tak jumpa atau tak sempat ke surau, terus dijadikan alasan untuk tinggalkan solat. Semua yang sertai hari ini memang lebih suka solat di masjid dan surau tau.
Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Non muslim terpinga kerana mereka tidak tahu tetapi jika orang Islam ternganga, aku tidak ada komen.

Jika aku berada disana, aku tidak mahu menjadi penonton walau aku agak confuse apa tujuan mereka.

Mungkin tidak semua, tetapi kebanyakan muslim di Malaysia tahu solat boleh dibuat dimana-mana kecuali di tempat yang kotor seperti dalam tandas.

Alhamdulilah, di Malaysia kita boleh solat di tempat yang agak selesa walau kita dalam perjalanan jauh. Kita boleh mengurus solat dengan kemudahan yang Allah berikan disamping perancangan perjalanan.

Niat kita baik untuk berdakwah, tetapi dikhuatiri ia memberi persepsi yang buruk bagi non muslim.

No comments:

Post a Comment