Sunday, April 27, 2014

Kerana politik rakyat merana

Siapa yang pandai komen apa yang Pandan bahaskan.


Bodoh kalau kita setuju kenaikan barang.

Apa yang Rafizi katakan ialah cukai pendapatan tetapi menyembunyikan fakta semua orang termasuk pesara, suri rumah atau orang bawahan juga membayar cukai jualan dan perkhidmatan.

Aku tidak pasti kenapa orang cina menolak gst. Adakah kerana mereka tidak suka barang naik atau mereka marah kerana mereka tidak boleh lagi menyeleweng.

Biasanya orang cina suka barang naik. Minyak naik seposen, barang naik sepuluh ringgit. Keuntungan mereka akan berlipat kali ganda.


Aku tidak berminat untuk mengulas kenyataan exco Pas menuduh rakyat Selangor malas. Yang pasti jika kenyataan ini dikeluarkan oleh YB umno pasti menjadi viral rakyat malaysia.

Catuan air kerana Selangor diperintah oleh pembangkang. Catuan air kerana Syabas syarikat kroni umno. Banjir kilat yang bersepah di Selangor kerana taburan hujan yang tinggi.

Untuk apa membicarkan catuan air jika ini persepsi rakyat Selangor.


Di rumah kita ada tangki atau kolah. Apabila ada kenduri, perlu atau tidak tangki tambahan..? Jika tidak mahu langat 2, kerajaan Selangor sepatutnya mempunyai simpanan air yang mencukupi.

Rakyat semakin bertambah tetapi simpanan air seperti 20 tahun lepas. Kalau dulu empangan boleh bertahan 4 bulan tanpa hujan, sekarang sebulan tanpa hujan sudah memberi kesan kepada air empangan.

Hakikatnya Syabas menjadi kambing hitam dan umno dilembukan. Walhal pengurusan air adalah dibawah kuasa kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment