Monday, April 21, 2014

MOSTI bak musang

MOSTI nafi dakwaan salah guna dana geran R&D RM1.152 bilion

Penyelidik dan pemohon dana terbabit juga perlu mengikut prosedur seperti mengemukakan kertas cadangan yang lengkap dan perlu melakukan pembentangan pada jawatankuasa penilaian, kata beliau.
Kementerian berkata benar tetapi hakikatnya MOSTI gagal dalam membawa inovasi produk barangan tempatan.

Dalam perniagaan, margin keuntungan berpandukan kepada modal langsung untuk menentukan prestasi syarikat. Jika dinilai syarikat (mosti) menunjukkan prestasi amat buruk.

Hanya 20 produk komersil dikeluarkan oleh mosti dalam masa setahun sedangkan beratus juta setahun dilaburkan. Walaupun tuduhan Rafizi Ramli tidak benar tetapi apa yang dikatakan mempunyai asas.

Ia berlaku kerana pembahagian geran mengikut kroni dan bukan mengikut merit projek.

Mengapa universiti swasta dianak tirikan sedangkan univerisiti itu mempunyai kepakaran.? Banyak juga geran diberikan mengikut nama, pangkat atau asal ahli panel.

Banyak projek yang diluluskan merapu, meraban dan tidak diselia dengan baik oleh mosti.

Motosikal LC
Setiap tahun MARDI mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenangi banyak pingat emas dalam pertandingan dalam dan luar negara.

Dimana produk itu.?

Kegagalan pemasaran produk yang dihasilkan adalah kerana ia dibuat oleh agensi kerajaan dan tiada penglibatan daripada syarikat swasta.

Kebanyakkan R&D daripada syarikat swasta akan berjaya menembusi pasaran kerana penyelidikan yang dibuat untuk dipasarkan.

Secara jujur, pemberian geran harus diberi syarat baru atau sekurang-kurangnya jawatankuasa kerja mosti perlu dirombak.

Setiap tahun aku mengeluarkan isu ini kerana negara tidak akan maju selagi MOSTI seperti ahli politik.

No comments:

Post a Comment