Wednesday, April 30, 2014
Pejuang Islam ditahan polis (militan)
Ramai pihak tidak berpuashati dengan tindakan PDRM menangkap pejuang Islam. Dalam hal ini aku berbelah bagi samada setuju dan tidak setuju. Tetapi aku lebih condong dengan tindakan pihak polis.
Aku setuju bukan kerana kehadiran Obama ke Malaysia atau Malaysia tunduk dengan yahudi. Jika kita setuju dengan militian, adakah kita setuju dengan tindakan (arwah) Nordin Mat Top.?
Aku tidak menafikan niat mereka membela Islam. Tetapi dalam konteks keselamatan, justifikasi untuk melepaskan mereka sebenarnya agak sukar. Bayangkan jika mereka merancang untuk mengebom gereja atau kepentingan yahudi (amerika) di dalam negara. Kita bersetuju dengan mereka.?
Adakah ada jaminan mereka tidak berbuat demikian.?
Mahathir tidak setuju dengan Us menyerang Iraq tetapi Iraq telah menceroboh Kuwait. Jika kita sebagai perdana menteri, apa pandangan kita dalam hal ini.? Adakah sokongan Tun terhadap Amerika kerana Tun tidak Islamik.?
Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul dan Shalwati didapati bersalah kerana memukul anaknya. Di Malaysia merotan untuk mendidik menjadi amalan turun temurun. Apa yang aku maksudkan ialah undang-undang sesebuah negara adalah berlainan.
Di Palestin dan di negara bergolak wujud aktiviti militan. Di Ukraine militan pro Rusia timbul setelah krisis ekonomi. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, kita harus mencegah dari mula. Jika tidak ia akan mengamcam keselamatan rakyat.
Aku bukan tidak menyokong perjuangan mereka. Tetapi mungkin ada jalan penyelesaian dalam isu ini. Mungkin mereka harus berkerjasama dengan pihak polis bahawa mereka tidak lagi terbabit dalam hal militan.
Percaya atau tidak sebenarnya negara memberi bantuan latihan kepada pejuang Islam.? Masyarakat umum tidak mengetahui malah aku berani katakan tidak semua askar tahu bahawa kita mempunyai tempat untuk membantu pejuang Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment