Wednesday, April 30, 2014

Selangor tamatkan catuan air

Salah satu hantu aktif meracun fikiran orang. Rajin-rajin membaca dan jangan membaca satu pihak. Ibarat menuntut ilmu, biar kita menuntut ramai guru.

Kenapa Syabas harus disalahkan seratus peratus sedangkan pengurusan air adalah dibawah tadbir kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mempunyai pelan pembangunan pengurusan air, sudah pasti krisis air mempunyai tindakan yang konkrit.

Menyahut seruan YB
Air sudah lama dicatu, kerajaan negeri baru membeli pam air. Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tidak berpuashati kerana dikhuatiri air lombong mengandungi logam berat.

Jika kerajaan negeri ditadbir dengan baik, sudah pasti sudah ada kajian daripada badan yang bertauliah untuk menolak dakwaan ini.

Dimana projek pengambilan air bawah tanah yang dicanang sebelum ini.?

Bukankah semua ini membuktikan bahawa Kerajaan Selangor tidak membuat apa-apa perancangan berkaitan dengan pengurusan air.

Kerajaan negeri berkuasa untuk mengawal semua badan yang berkaitan dengan air di Selangor. Syabas bukan satu-satunya syarikat yang menguruskan air. Syabas hanya bertindak mengagihkan air kepada pengguna dan bukan memelihara atau menguruskan punca air.


Siapa yang kata kerajaan negeri tidak berkuasa dalam industri air di Selangor.?

Perkara itu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang semalam. 
Jika tidak berkuasa mengapa kerajaan negeri boleh membuat keputusan untuk mengumumkan dan menamatkan catuan di Selangor.?

Kemelut pemecatan PKNS Khalid Ibrahim menyalahkan pengurusan PKNS sedangkan beliau bos PKNS.? Apa punya silap mata daa..

No comments:

Post a Comment