Saturday, May 3, 2014

Benda baik dibangkang, satu kejahilan

Seringkali aku menyebut bahawa alim itu orang yang berilmu. Kopiah di kepala bukan simbol kealiman. Allah tingkatkan 70,000 dajat kepada orang alim (berilmu). 

Siapa itu ulamak? Mereka adalah jemaah orang-orang alim (berilmu). Alim itu tidak semestinya berilmu agama tetapi saintis, ahli akademik, pakar ekonomi semua itu ahli-ahli alim dalam bidangnya yang dirangkum dalam syuro. Syuro berbincang untuk mencari solusi bukannya populis.
Sekarang ini orang agama sahaja disanjung sedangkan jurutera, guru, pensyarah adalah golongan orang alim sekiranya mereka seorang mukmin yang beriman kepada Allah.

Ketika ini para ustaz hanya melabel ilmu mereka sahaja yang benar sedangkan ilmu yang berguna adalah ilmu yang dihisab di hari akhirat.

Ada sebuah universiti menawarkan kejuruteraan disamping ilmu akhirat. Melahirkan jurutera awam dan tahfiz. Ramai yang tidak tahu kerana ramai yang tidak peduli. 

Ustaz sekarang seperti selebriti. Alhamdulilah kerana mereka menjadi idola. Sekurang-kurangnya ilmu yang disampaikan bermaanfaat kepada umat.

Mampukah ustaz syariah membahaskan ekonomi/gst.?

Ilmu terlalu luas untuk dituntut. Manusia dilahirkan dengan pelbagai bangsa dan bahasa. Setiap dari mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Walaupun orang yahudi adalah sekolompok manusia di dunia, kerana anugerah Allah, bangsa ini mampu menawan dunia atas kecerdikan yang dimiliki.



6 hrs · Edited · 
Jelas benar demokrasi yang diperjuangkan Barat tidak mungkin akan menyatukan manusia selain memecah belahkan lagi. Penyatuan tak mungkin berlaku secara kepartian. Yang jelas fakta bljuga banyak kali ditolak kerana tidak sebulu dengan ideologi politik masing-masing. Bila pilihan diletak di tangan kebanyakan, semua yang dilakukan pemimpin banyaknya dari dasar populis bukan efektif. Zaman nabi dahulu, tiada pilihanraya sehingga juga sistem khilafah.
Siapa yang sudah teliti statistik demokrasi Israel? Mereka juga menjalankan pilihanraya namun...saya nampak ia sekadar taktikal mengaburi mata dunia buta. Namun mereka melontarkan sentimen, negara yang tidak demokratik adalah negara autokratik yang wajar ditindas juga disekat ekonominya. Pemimpinnya dipanggil dictator
Penyatuan mustahil berlaku dengan demokrasi. Syarat kemajuan ialah UMMATUNWAHIDAH yang juga satu penyatuan. Mana mungkin bersatu jika yang bangkang akan terus bangkang tidak mengira betul ataupun tidak. Yang berkuasa pula terus menerus menyekat suara pembangkang sehingga mereka terpaksa turun di jalanraya.
Mungkin saya rindukan KESULTANAN seperti Melaka semasa zaman kegemilangannya dahulu. Sultannya bijak kerana Mamak Bendaharanya bijak menasihat. SULTAN YANG BUKAN DIKTATOR TETAPI SULTAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA SYURO ULAMAK. Bijaknya mamak bendahara pula kerana didampingi semua keputusannya dari kesepakatan syuro ulamak. Siapa itu ulamak? Mereka adalah jemaah orang-orang alim (berilmu). Alim itu tidak semestinya berilmu agama tetapi saintis, ahli akademik, pakar ekonomi semua itu ahli-ahli alim dalam bidangnya yang dirangkum dalam syuro. Syuro berbincang untuk mencari solusi bukannya populis. Mereka juga tidak partisan agar mereka mampu mencetuskan idea tanpa kompromi (no fear no favor). Itulah sistem khilafah yang hilang dan lenyap sama sekali pada tahun 1924.
Ingatlah penjajah datang menjajah kota dahuli tetapi mereka tak ambil tanah kita jadi negara mereka. Tetapi mereka hanya perlu cabut fungsi raja sebenar sehingga kuasa raja dihadkan kepada perkara-perkata ritual yang kurang actual dan juga kurang kuasa eksekutif. Lalu demokrasi dijadikan instrumen utama dalam pembentukan perlembagaan dan pentadbiran negaran kerana mereka tahu dan mereka pasti, demokrasi tak mungkin menyatukan.
SAIFUL NANG
Kuliah Subu

No comments:

Post a Comment