Sunday, May 4, 2014

Melayu memperbodohkan diri

Mereka berdemontasi kerana kerajaan zalim naikan cukai. Mereka benci kerajaan kerana umno memerintah barang naik.

Tanpa sedar mereka lagi zalim daripada kerajaan. Air seringgit dijual RM3. Ini namanya Lebai Kulop menipu Pak Pandir.

Orang yang menjual air paip orang pakatan. Mereka berdemontrasi keluarkan duit. Barang seringgit jadi sepuluh ringgit. Bila balik rumah duit kat poket habis. Yang menjadi mangsa maki hamun kerajaan, walhal semuanya salah diri sendiri.

Siapa yang bodoh.?


Kesian bangsa aku diperbodohkan oleh bangsa sendiri. Aku lagi sedih apabila orang yang tahu agama menggunakan hadis semata-mata untuk menghalalkan cara. Dalam hal ini  aku ibaratkan seorang jurutera berbicara tentang bidang kedoktoran.

Dewan Ulama Pas Pusat

2. Kaedah umum yang ditetapkan oleh Islam ialah hasil dan cara perbelanjaan akan dipersoal di hari Qiamat. Dalilnya ialah Sabda Nabi SAW:
لا تزال قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع عن ماله من أين اكتسبه وفيما أنفقه
Maksudnya: Tidak berganjak dua kaki anak Adam pada hari Qiamat sehinggalah dia disoal tentang 4 perkara....(antaranya) tentang hartanya DARIMANAKAH DIPEROLEHI dan PADA APAKAH DIBELANJAKAN."

3. Jelas daripada hadis di atas bagaimana sesuatu hasil pendapatan termasuk pendapatan negara diperolehi mesti dipersoalkan adakah menepati Syarak atau pun tidak. Sekiranya ia menyalahi Syarak maka ianya adalah haram meskipun dibelanjakan untuk maslahat umat.

Kenapa kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan lesen arak.? Bersih sangatkah Selangor dan Penang.? Sudah tidak lakukah hadis yang menghalalkan kerajaan Kelantan mengeluarkan lesen arak.?

Salah orang nampak, salah sendiri buat-buat tak tahu. Penyokong pun sama. Menyokong tanpa ilmu ibarat lembu digembala di padang.

Orang cina bertepuk sorak kerana kebodohan melayu.


Walaupun ia sebahagian daripada perbahasan ketua pembangkang, tapi beliau mengakui gst sistem percukaian yang telus.

No comments:

Post a Comment