Friday, May 9, 2014

Melayu sudah cukup bertoleransi

Dulu saya lahir tengah-tengah estet kelapa sawit Bukit Kerayong. Saya cuma tahu kawan-kawan saya kebanyakannya lain warna kulit. Tapi bila main konda kondi dengan mereka, berkubang di parit, mancing ikan, curi mangga rumah Sundram, kencing tepi dinding rumah Cik Dolah, pancitkan tayar basikal Wak Tomblok dan calarkan kereta Manager Estet semuanya SAMA fun. Maka, warna kulit kita letak tepi. Kaum?

Apa tu?

Emak tak ajar lagi.

SAIFUL NANG

Untuk menjawab persoalan SN, aku rasa ini jawapan yang agak tepat.


Lima justifikasi kukuh sejarah dan moral berkenaan ‘hak istimewa orang bumiputera khasnya Melayu’.

"Pertama, peranan orang Melayu adalah memberi identiti kepada kawasan ini –“the role of identity giving’. Sebab orang Melayulah maka tempat ini dipanggil ‘Kepulauan Melayu’, ‘Tanah Melayu’ atau kemudiannya ‘Malaysia’. Tanpa peranan ini kita tidak ada identiti. A nation without an identity, is not anation. A person without a nation is lost. Sebab itu kita ada passport, surat beranak dan kad pengenalan.

Kedua, orang Melayu yang beragama Islamlah, bukan sahaja telah memberi identiti tetapi membawa tamadun antarabangsa ke rantau ini. Orang asli yang asal, walaupun mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri, namun 'they did not create a civilization of international nature', sebuah tamadun yang bertaraf antarabangsa yang menyatukan antara orang Minang, Jawa, Banjar, Bugis, Kelantan, Johor dan sebagainya dengan satu bahasa (Melayu) dengan satu agama (Islam).

Di peringkat antarabangsa, tamadun ini menghubung kepulauan ini dengan India, Turki, China dan Afrika melalui Islam dan sebagainya.

Ketiganya, setiap darah yang tumpah; di laut, disungai, di pasir dan di bukit, demi mempertahankan rantau ini daripada orang Siam, orang Portugis, komunis, British dan Jepun, kebanyakannya adalah darah orang Melayu dan Islam – 'to protect and preserve factor'. Bukan orang lain."

Keempat, seterusnya bila British membawa orang India dan Cina datang ke sini, para nasionalis Melayu hanya menentang British, mereka tidak mengganggu gugat orang Cina dan India. Malah mereka menjadi tuan rumah (host) yang mesra. Mereka menjadi pelanggan (customer) kepada penjual-penjual Cina dan India dan menjadi jiran-tetangga yang baik. Kalau orang Melayu Muslim tidak memerintah yang baik, dan tidak menjadi pelanggan yang baik maka orang-orang Cina dan India tidak boleh menjadi peniaga yang berjaya sebab majoriti pelanggan adalah orang Melayu.

Ini adalah dari sudut moral, kalau orang Melayu tidak bermoral sebagai pentadbir-pelanggan dan jiran-tetangga, orang Cina dan India tidak boleh berjaya kerana orang Melayu akan memeras, mengganggu, merompak dan sebagainya.

Kelima, nasionalis Melayu tidak mengikis hak hak tabi'i bangsa lain seperi agama, bahasa dan kebudayaan mereka.

Jarang jarang sekali kita dengar atau kita baca berita tentang sekolah, rumah, kuil atau perniagaan orang orang Cina atau India diceroboh semata mata kerana perbezaan bangsa dan agama mereka. Jarang jarang sekali kita terdengar orang orang Cina atau India baik lelaki mahupun perempuan dibelasah atau perkosa semata mata kerana perbezaan kaum atau agama. Jika berlakunya jenayah, perlakuan tersebut bukan didorong sikap yang membencikan sesuatu kaum atau agama tetapi sifat jahat yang asli.

(Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (CASIS) dlm membahaskan 'Hak Bumiputera' Rujukan m/s 12-13, Monograf Siri 6 Wacana Ilmiah 'Pembangunan di Malaysia Kearah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna', terbitan INMIND (2002).

No comments:

Post a Comment