Wednesday, May 14, 2014

Najib juga wajib tunaikan janji, letak jawatan demi survival melayu

Dialah pemimpin umno sejati. Tidak mengejar pangkat dan darjat. Jasanya terhadap orang melayu amat besar. Namun aku percaya, melayu sekarang tidak tahu apa jasa beliau. Hampir hujung nyawa, gelaran Allahyarham, Encik Ghafar Baba.

Ahmad Said pentingkan diri, tidak menunaikan janji, sengaja mencari alasan untuk tidak mahu melepaskan jawatan, ia hanya tulisan orang berkepentingan.

Dalam abad ini, meh tunjukkan kat aku siapa pemimpin politik seperti Allahyarham Tun Ghafar Baba.?

Dikatakan Najib marah dengan Ahmad Said. Butiran tidak diketahui. Apapun tindakan politik Najib tidak melambangkan pengurusan parti dengan baik.

Kenapa harus menyalahkan punasihat kalau empunya badan setuju. Nampak sangat diri itu tak pandai sampai kena kelentong orang bawahan.


Realitinya isterinya lebih berkuasa daripada beliau. Tidak molek membandingkan orang tetapi sebagai rakyat, aku juga berhak untuk menilai pemimpin negara.

Pernah dengar Tun Siti Hasmah berucap.? Baru-baru ini beliau ada menggantikan suaminya Tun Mahathir pada persidangan umno Cheras. Sebelum ini, Tun Siti Hasmah hanya bertindak sebagai isteri perdana menteri. Tidak lebih dari itu.

Berapa hutang kerajaan dibawah Najib dan apa negara dapat dengan dana sebanyak itu.?

Kenapa hanya Ahmad Said terikat dengan perjanjian sementara menteri besar lain dikecualikan.?

Penang, Selangor dan Kelantan mendapat banyak dana dari kerajaan. Malah semua jabatan kerajaan sekarang diisi oleh orang Kelantan. Apa umno dapat dengan projek ini.?

Dulu Najib pengerusi perhubungan umno Selangor. Tetapi pru13, umno kalah teruk. Bukankah sepatutnya Najib dipertanggungjawabkan.?

Pentadbiran Najib banyak menyerang melayu berbanding dengan kaum lain. Najib seperti malu untuk mengaku dirinya melayu.

Jika ada menyatakan Najib memperkasakan bumiputera, ermm.. lawak apakah ini.

Selepas ini Najib akan membuat perubahan kepimpinan Negeri Sembilan atau Perak. Tidak salah jika ia bertujuan mengukuhkan parti. Tetapi tujuan Najib berbuat demikian bukan kerana mahu mengukuhkan parti sebaliknya beliau mengukuhkan kedudukan kerana presati beliau kurang disenangi oleh Agong.

Mengapa Najib berlaga angin dengan Tok Mad,, Zamry dan Mukhriz.?

Jawapanya, najib lebihkan cina dari melayu walhal dia menjadi perdana menteri parti melayu.

No comments:

Post a Comment