Friday, May 30, 2014

Pas wajib mengecam Dr. Asri kerana menolak hudud

Najib dan umno dikecam kerana kerajaan tidak mampu untuk melaksanakan hudud.


Pada satu ketika beliau menuntut agar kerajaan melaksanakan hudud. Apabila kuasa hampir ditangan dan umno memberi ruang dan bantuan kepada pelaksanaan, vokal mereka bertukar nada.

Perlaksanaan hudud, parti yang dikatakan sekular oleh ustaz Pas datang membantu, Pkr parti sebantal sebaliknya membantah.

Bakal ahli parlimen mengaku akan menolak hudud, Pas sanggup mewajarkan memberikan undi. Fikirkan, hudud di mata Pas..?

Kenapa bekas mufti ini tidak dikecam kerana menolak hudud.?


BUKAN mudah untuk melaksanakan hukum hudud pada zaman sekarang terutama di negara Malaysia yang mempunyai persekitaran yang berbeza.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan hudud tanpa penelitian diibaratkan seperti memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk.

Ia bukan menambah kecantikan malah mungkin merobohkan rumah yang buruk dan merosakkan pintu yang cantik.

"Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salem el-Awa dalam bukunya menyatakan bahawa daripada penelitian beliau belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim.

"Sejak zaman Abbasiyah lagi, penekanan pelaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana sewaktu hudud dilaksanakan sudah tiada lagi," katanya.

Beliau menjelaskan pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan itu, semalam.

Katanya, masyarakat telah berubah terutama selepas perluasan kuasa kerajaan Islam.

"Dalam The Oxford Encyclopedia World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan seperti Libya (1972-1974), Pakistan (1979) dan Iran (1979).

"Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan pelaksanaan hudud. Ini menunjukkan hudud seakan terhenti," katanya.

Menurutnya, perubahan keadaan manusia pada zaman ini akan menyebabkan pelbagai pandangan dan perspektif terhadap Islam.

"Tokoh fekah terkenal Syeikh Mustafa al- Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana ia akan menjadi fitnah kepada manusia.

"Beliau mencadangkan memadai sekadar sebat untuk hukuman zina bagi setiap kategori," katanya.

No comments:

Post a Comment