Saturday, October 18, 2014

Oktoberfest

Khalid Samad menafikan wujudnya billboard pesta arak oktoberfest di Shah Alam. Sebagai seorang politikus, beliau menuduh pihak lain membuat fitnah. Walhal Datuk Bandar Shah Alam telah mengeluarkan kenyataan beliau sudah mengarah MBSA menurunkan papan iklan tersebut.

Alasan mengapa pesta arak diluluskan, penganjur mematuhi syarat, menarik pelancong, meningkatkan ekonomi negeri dan yang paling penting, orang bukan Islam berhak untuk berbuat demikian.

Perkara pokok mengapa ia diluluskan kerana parti mabuk itu didalangi oleh pemimpin Dap. Oleh kerana demokrasi dan hak asasi manusia menjadi pegangan, maka ia patut diluluskan.

Ok.

Kalau pesta arak diluluskan, lebih baik kerajaan memberi kelulusan bagi industri pelacuran dan perjudian seperti di Singapura.

Terma dan syarat bagi menghalalkan tujuan itu boleh copy paste dari kertas kerja oktoberfest.

Noktah.

:::: apa beza Selangor dan Melaka.?

No comments:

Post a Comment