Friday, November 21, 2014

Kerajaan semakin bodoh menipu

Kenapa kerajaan rumit untuk menyelesaikan isu Cameroon Highland? Rumit untuk diselesaikan kerana dalangnya orang besar politik. Akhirnya isu ini akan lenyap.

Saiz plat kenderaan dikaitkan dengan kematian. Alasan bodoh yang melampau oleh satu agensi kerajaan.

Akhirnya  kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan subsidi petrol. Rakyat diam kerana mereka tahu apa yang hendak dibuat pada pru akan datang.

Jika BN tumbang,jangan kata tsunami atau keputusan tidak dijangka. Kita tahu umno akan tumbang pada pru akan datang.

Rakyat tahu pakatan tidak bagus, tapi sekurang-kurangnya rakyat cuba mencari dahan untuk berpaut. Umno sudah tidak boleh diharap lagi. Parti ini sudah terlalu lama memerintah.

Najib bersama menteri kabinet mungkin masih berfikiran, rakyat akan menerima alasan cermin gelap dan saiz plat kenderaan punca kematian. Sebab itu mereka terus melaksanakan dasar merosakan kesejahteraan rakyat.

Hapuskan subsidi minyak untuk bina insfrastruktur. Ini hujah kerajaan.

Salah satu infra, bina lebuhraya. Highway siap rakyat dikenakan tol yang membebankan. Bina lebarjalur, tetapi bayaran untuk internet antara yang tertinggi di asia.

Laksanakan gst, tetapi kerajaan masih tidak berani menurunkan duti eksais. Then kerajaan mahu rakyat support proton. Tapi mereka sendiri tidak mahu naik kereta proton. Alasan maintenance proton tinggi berbanding kereta import. Kalau dah tinggi kenapa paksa rakyat beli proton.???

Kerajaan patut masuk gelanggang maharajalawak.

Pendapatan negara semakin meningkat, pelaburan negara mencatat sejarah, negara mampu menjadi negara maju. Yang menghairkan, kenaikan gaji 5% setahun dan rakyat semakin miskin.

Tidak mahu kata apa lagi. Tolak kerajaan yang tidak tahu memimpin.

No comments:

Post a Comment