Wednesday, August 5, 2015

30 juta rakyat mahu Najib meletak jawatan

Susulan pendedahan bertalu-talu oleh Sarawak Report, polis telah menahan beberapa orang vip berkaitan dengan kebocoran maklumat. Walhal sebelum ini kerajaan menuduh akhbar itu dan WSJ membuat laporan palsu.

Hari ini SPRM mengesahkan kemasukan duit dalam akaun peribadi Najib.

Kerajaan cakap berbelit untuk berbohong pada rakyat. Bak kata menteri SKMM yang baru, apa jua dikatakan oleh Najib, rakyat tidak akan percaya.

Sebaiknya Najib Razak meletak jawatan tanpa syarat. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

Aku yakin isu pokok mengapa rakyat marah bukan hanya kerana kegagalan 1MDB atau 2.6biliun masuk dalam akaun Najib, tetapi isu ekonomi dan sara hidup.

Ketika rakyat ditekan dengan kenaikan kos oleh kerajaan keluarga Najib berbelanja mewah. Ditambah dengan gaya mewah Rosmah, rakyat menolak Najib secara total.

Hari ini ringgit mencecah 3.87 untuk setiap dolar. Ramai orang macam aku, tidak tahu kepentingan nilai matawang. Tapi aku tahu, kejatuhan ringgit mengurangkan keuntungan syarikat. Bermakna bonus kurang, kenaikan gaji tidak sebanding dengan kenaikan sara hidup.

Najib kata dia disokong oleh 3 juta orang tapi dia buat bodoh 30 juta orang mahu dia meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment