Sunday, June 7, 2020

Langit tidak selalu cerah.

Kebanyakan penjawat awam musim pkp dalam mode WFH (work From Home).

Ketika ramai hilang pendapatan, mereka berduit kerana bekerja dari rumah boleh menjimatkan perbelanjaan dan mendapat bantuan daripada kerajaan tetapi ketika penguasaha van sekolah meminta bayaran mereka merungut kerana tidak ada perkhidmatan yang diberikan.

Jika menggunakan logik memang betul, tetapi jika semua orang bersikap begini kita menjadi orang yang kufur nikmat. Rezeki datang kerumah tetapi sikap kita masih tidak berubah ketika semua orang diuji.

Penguasaha bas sekolah dan kafa bukan minta bayaran penuh, mereka minta atas kelangsungan hidup untuk membayar gaji pekerja. Secara peribadi jika saya masih mendapat gaji orang lain juga patut dapat hak yang sama.

Keuntungan pengusaha tidak besar mana, tidak mungkin mereka mampu membayar gaji berbulan-bulan kepada pekerja tanpa pendapatan. Dan akhirnya mereka terpaksa membuang pekerja atas ketidak kemampuan.

Penjawat awam tidak ada masalah tetapi jika ekonomi gawat, pengangguran meningkat sudah pasti penjawat awam juga akan terasa bahangnya. Siapa yang berstastus kontrak, kerajaan tidak ada pilihan selain mengecilkan size perkhidmatan.

Begitu juga dengan pengajian universiti. Yuran boleh diberi sedikit potongan kerana tiada penggunaaan kemudahan tetapi jika potongan itu besar dan memberikan impak kewangan apa akan jadi kepada staff?

Berdekad suku pertama gdp US tidak menguncup tapi covid menyebabkan trump berperang dengan gabenor negeri untuk menarik lockdown. Suku pertama pandemic belum menyerang US tapi mereka sudah terkena tempias, jika ekonomi terbesar dunia juga tersungkur, apa agaknya akan terjadi dengan negara kita.?

No comments:

Post a Comment