Sunday, December 6, 2020

umno perlu berani

Bilamana Pejal jatuh di Perak, pasti akan menjadi dendam. Walaupun begitu, apa yang Muhyiddin boleh buat bilamana kedudukannya sendiri di tebing.

Sudah diduga Pas Perak akan menyokong Pejal dan dikatakan Pas Perak tidak ada dalam kerajaan yang bakal ditubuhkan.

Pas akan melabel dirinya sebagai penyatuan ummah tetapi mereka sebenarnya menyembunyikan agenda politik.

Bersatu tidak menyerang Pas kerana Bersatu mahu sokongan Pas dan membunuh umno. Itu startegi Muhyiddin dalam menghadapi pru15.

Pendirian Pas perlu dihormati tetapi umno perlu berani walau umno dari parti yang kalah. Jika umno terus berselimut dibawah PN, umno selamanya akan menjadi budak suruhan Bersatu.

Mungkin kalau bukan kerana covid, umno sudah menarik sokongan kepada Muhyiddin, tapi apakan daya covid masih dijadikan perisai MP Pagoh.

Politik Muhyiddin.

Walaupun pernah menjawat timbalan presiden umno, beliau kurang digemari rakan. Banyak cerita pengkhianatan dalam buku politiknya.

Fikirkan, jika dia tidak menjanjikan kesaksamaan dalam pentadbiran, PN tidak akan wujud. Tetapi bila mendapat kuasa sepertinya dia mengkhianati perjanjian.

PRN Sabah dia menikam umno, apakah pengkhianat itu sesuai dengannya?

Setelah jatuh di Perak, Pejal akan diberikan jawatan kerana statusnya timbalan presiden parti. Tapi boleh pula presiden Pas diberikan duta bertaraf menteri dan timbalan presiden umno dibiarkan ke hulu ke hilir tanpa jawatan.

Pengeluaran kwsp dia tidak berjanji tetapi menterinya pusing janji. Tidak mustahil bila kuasanya menjadi besar, rakyat akan dikhianati.

Pas.

Kesetian Pas sudah teruji di dun Perak, Umno perlu mengambil pendekatan Anwar, biar mati berdiri jangan hidup melutut.

Di Kelantan dan Terangganu umno masih dipinggirkan oleh Pas. Umno diam kerana rakan baru. Tapi di Perak dan di peringkat perseketuan mengapa Pas menyokong Bersatu dan meminggirkan umno?

Pas ialah parti politik bukan Agama Islam.

Laungan penyatuan ummah hanya kelangsungan politik. Cukup menguji Pas dengan menjemput Amanah dalam PN. Apakah reaksi Pas?

Umno parti yang kalah, untuk bangkit memang mencabar. Resam dunia, ditipu rakan hanya sekelumit asam garam politik. Tinggalkan PN, lupakan Pas... bangkitlah dengan kaki sendiri bukan melukut atau mengemis ehsan orang.

No comments:

Post a Comment