Rakyat sedang berjuang melawan pandemik pemimpin sibuk agihkan kerusi parlimen.
Peruntukkan MP pembangkang akan diberikan pada pejabat penyelaras kawasan. BN, PH, PN sama sahaja. Boleh semak peruntukkan di Selangor jika tidak percaya dan hansard dewan rakyat bagaimana PH memberi banyak wang kepada MPnya.
Pembangkang pura-pura terkejut walhal apa yang dibuat oleh PN itulah dasar mereka.
Mengapa MP pembangkang tidak menyarankan untuk mencontohi Selangor dan Penang?
Bila Syed Saddiq membawa gagasan politik matang, itu hanya retrotik politik. Apa yang diucapkan baru bagi generasi gajet, tapi bukan generasi WWF Hulk Hogan di warung kedai kopi.
Apa hala tuju KBS dibawah Syed Saddiq?
Perut tak kenyang dengan hanya berdoa kecuali zaman dajjal zikir menjadi makanan kerana rahmat Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) bagi mereka yang beriman.
Jarang kedengaran penyokong Pas mengkritik kepada pemimpin mereka. Pemimpin mereka ulama, sebagai orang Islam wajib mengikuti ulama selepas era kenabian dan khalifah.
Yang boleh mengkritik, orang yang berserban, jika kepala kau togel, maaf awak tidak layak mengkritik pemimpin mereka.
Ustaz, lebai-lebai kahwin 2 tidak janggal, tapi bila jurutera kahwin 2 menjadi buah mulut.
Sekarang ini perut siapa yang kenyang? Rakyat atau pemimpin?
Tulisan ini bukan untuk mengampu Najib, covid atau politik, tapi perangai ahli politik samada yang bersongkok, berserban atau kepalanya togel perjuangan mereka hanya perutnya sendiri.





No comments:
Post a Comment