Line up Malaysia vs Bahrain, barisan yang aku jangka tahun lepas. Hanya Liridon tidak tersenaraikan disebabkan dia tidak pernah mewakili Malaysia. Tapi aku tidak menolak beliau kerana dia ada kualiti yang tersendiri.
Kalau mahu mengulas dari segi taktikal, cari tulisan coach atau pengulas sukan. Ulasan aku hanya warung tepi jalan.
Kerana lineup dan taktikal aku hampir sama dengan TCH, boleh aku menulis meluahkan rasa.
3 orang midfielder diberi keutamaan, mengapa?
Liridon tidak teruk sangat berbanding syamer yang tenggelam. Hantran Liridon pendek, boleh diterima. Posisinya ialah attacking midfielder tapi dia bermain seperti defensif atau mengambil tempat Syamer. Mungkin kerana Syamer tenggelam, dia terpaksa begitu. Hantarannya kurang kemas dan akhirnya membuatkan Farizal melakukan kesilapan mudah.
Kadang-kadang hantaran jauh juga perlu bagi mempelbagaikan corak serangan. Jadi lawan harus bersedia dan tidak berani untuk jauh ke atas.
Yea, mungkin friendly match, tapi jika tidak ada perubahan taktikal di posisi ini keberangkalian untuk menewaskan UAE tidak kesampaian.
Bahrain bukan lawan yang mudah, jika bukan kerana kesilapan individu dan Malaysia boleh memaanfaatkan peluang yang ada kita mampu menewaskan Bahrain malam tadi.
Liridon perlu menjadi "super" atau dia menjadi "Lee Tuck" semasa di Negeri Sembilan. Tapi jika dia boleh menjadi Gus Cerro atau Fabregas, kejayaan boleh menjadi milik kita.
Daripada Arif Aiman, Lee Tuck boleh diberi peluang. Tapi coach lebih tahu prestasi pemain. Prestasinya jauh merosot berbanding di Negeri Sembilan.
Bersama Pahang, Azam Azih bermain attacking midfielder tetapi di peringkat kebangsaan dia bermain defensif, sepertinya dia tidak selesa. Jika hantarannya sedikit kemas dan tidak terlalu defensif, hantaran ke atas boleh membantu serangan, Malaysia mampu menguasai bahagian tengah.
Tengah menjadi lebih buntu bilamana dimana 'Safawi '?.
30 minit Syafiq tiada di posisi, hanya pada satu tandukan dia benar berada di posisi. Pemain malas seperti Syafiq dia perlu ada on the right time seperti Giruod atau Nistelrooy.
Mungkin keadaan berubah bila ada De Paula, mungkin.
Irfan Zakaria hanya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya,tapi permainanya tidak begitu mengecawakan.Tapi dalam permainan kesilapan mudah seperti itu, ia mampu mengubah keputusan.
Corbin Ong perlawanan persahabatan tidak perlu 100% tapi Mattew Davies masih memberikan persembahan terbaik.
Jika prestasi Safawi tidak berubah, Akhyar boleh diberi peluang seperti mana Luqman yang semakin matang.
Walaupun semua keputusan Malaysia UAE tidak memihak Malaysia, kesilapan kecil biasanya menjadi punca kekalahan.
No comments:
Post a Comment