Monday, May 17, 2021

Jangan remehkan hidden hand

Yahudi pernah meminta pemerintah Uthmaniyah tanah di Palestin untuk diduduki. Keengganan Uthmaniyah menuruti kemahuan mereka antara sebab kejatuhan empayar ini selain faktor korupsi, hutang dan ketidakcekapan para menteri.

Pada tahun 1924 secara rasmi empayar Uthmaniyah jatuh, israel hanya mengambil masa 20 tahun selepas kejatuhan Uthmaniyah untuk bertapak di Palestin. Walaupun hanya setahun diisytiharkan, israel tidak mampu dikalahkan oleh negara arab.

Hidden Hand memang wujud untuk mencatur dunia.  Penubuhan PBB 1945 hanya pekakas zionis bagi melindungi kedudukannya yang dikepung oleh negara arab. Jika tidak masakan dalam beberapa minit amerika menyokong pengisytiharan negara itu.

Yahudi dengan the promised land tapi Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) Maha Perancang.

Kita tidak berdaya melakukan apa², ramai umat tetapi seperti buih dilautan. Berdoalah agar rakyat Palestin di beri kekuatan dan bantulah mereka semampu kalian. Jauhkan musibah kepada negara kita, ancaman israel jangan pandang ringan kerana kesungguhan mereka mengeluarkan dajjal sudah dilakukan berkurun.

UAE, Turki, Qatar, Malaysia.

Mengapa Malaysia dalam senarai serangan israel walaupun Malaysia hanya mengumumkan menghantar 500K pelitup muka?

Melumpuhkan Malaysia tidak perlu dihujani dengan hujan peluru, cukup dengan menarik minat pelabur di pasaran. Untuk melengahkan tentera bawang menyerang alam maya, taja sahaja tali barut untuk membuat arab spring atas nama demokrasi.

 

Kalau tak tonton, jangan baca nanti tk faham.

Filem, bukan apa pun. Iye sebab engkau menonton hanya dengan mata. Engkau fikir Malaysia ini hanya seperti Tanjung Rambutan. Orang tua dulu berfikir tidak seperti mana kita berfikir. Orang lama berfikir seperti menanam pokok rambutan bukan dirinya tetapi untuk anak cucu. 

Orang sekarang belajar sejarah empayar melaka hanya untuk lulus peperiksaan. Tapi penjajah membuang emas membawa balik manuskrip.

Kita lulus universiti kita rasa sudah hebat, kalau kaya apatahlagi kan.

Pointnya, kenapa emas ditinggalkan manuskrip dibiarkan pergi? Apakah 'penjaga' tanah melayu ini bodoh atau materialistik? entahlah.

Mungkin......

Seperti Abdul Wahub memerlukan harta Ahamad Albab untuk membalas dendam terhadap keluarganya. Mungkin Ghasidah lakonan seniwati Sarimah akhirnya boleh membantu Abdul Wahub mendapatkan semula harta kepada yang berhak.

Bukankah nanti Imam Mahdi akan mentadbir dunia dengan adil? Bukankah akhirnya romawi berpakat dengan muslim? Mengambil senikata Sarimah, dalam setandan kelapa bukan semua busuk.

Persoalan dijawab dengan andaian. Kenapa memilih emas sedangkan manuskrip itu mampu untuk berjaya dan lebih kaya. Mengapa melayu perlu susah dan dijajah beratus tahun?

Beratus tahun akidah umat tidak ada seorang pun yang terpesong. Memang ramai melayu menjadi tali barut penjajah tapi agamnya masih Islam.

Bayangkan jika Malaya maju dan kaya, zionis diam sahajakah? 

Ingat ye, emas umpama simpanan yang kalis Inflasi. Ekonomi hura harga emas akan melambung. Bayangkan jika nanti bom sana sini tapi tiba-tiba Ahmad Albab jumpa emas nenek moyang mereka. Instant kaya boleh membeli belah jet pejuang macam beli keropok lekor.

Apapun... ia hanya cerita rekaan. 

No comments:

Post a Comment