Wednesday, June 2, 2021

Sistem kerajaan macam siput

 
Time pkp masa itu JPJ mahu membuat diskaun 70%, memang ada kemudahan online tapi ada saman yang perlu diselesaikan di kaunter. Orang ramai berkumpul di depan pejabat JPJ adalah lumrah, ini kerana sistem online yang diguna pakai masih memerlukan pengguna hadir ke kaunter. 

Walaupun menteri pengangkutan sudah memaklumkan renew lesen dan roadtax ditangguhkan sehingga 31 Julai, orang ramai tidak mahu banyak hal di jalan raya. Samada penguatkuasa (polis atau JPJ) maklum dengan dasar kerajaan atau sebab lain, (والله أعلمُ بالـصـواب). 

Online.

Masih tidak faham kenapa kerajaan tidak memperluaskan sistemnya kepada pihak ketiga.

Mengambil contoh satu senario.

Jika berlaku kehilangan slip lesen (tanpa gambar), ianya  boleh dibuat dalam talian JPJ tetapi ia perlu diambil di kaunter JPJ sahaja. Mungkin bagi mengelakkan penipuan.

Jika renew lesen boleh dilakukan di pejabat pos, mengapa JPJ tidak boleh meluluskan agar slip lesen boleh diambil di pejabat pos dengan syarat² yang ditetapkan seperti  perngguna perlu membawa lesen asal (bergambar), kad pengenalan dan surat yang sudah dibayar oleh pengguna kepada JPJ?.

Sistem kita buat, bukan mustahil programmer untuk menambah coding dalam sistem. Tapi rasanya tidak perlu kerana prosesnya sama dengan memperbaharui lesen, jadi apa isunya?

Urusan JPN juga begitu, mohon temujanji atas urusan kad pengenalan. Pertama, sudah login pengguna yang peliknya akan jadi error seperti ini setelah selesai mengisi butiran diri.


Adalah lebih baik butiran diri diawalan proses bukan selepas mengisi slot waktu temujanji. Jadi tidaklah pengguna mengisi nama setiap kali gagal memilih slot.

Kedua, jika hanya mahu menggantikan kad pengenalan rosak, pengguna hanya boleh membuat bayaran dengan credit card, tidak ada online banking, debit card, ewallat. Bukankah menyusahkan pengguna.

Kita membendung covid tapi sistem kerajaan masih di takluk lama. Apabezanya online banking dengan credit card. Semuanya sistem perbankan.

Bila pihak berkuasa menyaman penternak lembu, jangan pejam mata apa yang berlaku depan pejabat kerajaan. Kalau premis boleh kena saman, patutnya pejabat JPJ Wangsa Maju juga perlu dikenakan kompaun.

Sewaktu pkpb banyak pejabat kerajaan ditutup atau kaunter dikurangkan bagi mengekang penularan covid. Seperti kekerapan LRT dikurangkan, akhirnya berlaku kesesakan di stesen. Begitulah rakyat susah untuk mendapatkan urusan Seri Paduka Baginda. 

Pentadbir kerajaan menganggap rakyat tidak ada urusan, walhal kehidupan ini berjalan seperti biasa. Yang tidak bekerja ialah penjawat awam, sektor swasta kerja dan terus kerja. Ibarat kata Mail Sabri, saya dah tutup pintu depan tapi.....

No comments:

Post a Comment