Saturday, July 24, 2021

Taksub

Taksub dan asabiyyah maknanya lebih kurang. Satu sifat buruk lain yang sering tidak nampak ialah "semuanya aku betul".

Aku ini jenis 'semua aku betul". Then bila aku bermuhasabah, 'kau menang". Ini pun orang masih tidak berpuas hati. Kaedah lebih baik dalam berkawan, lebih baik kita diam. Angguk dan Chill....

Kenapa aku masih tulis blog sedangkan blog dah tak laku? 

Blog ini seperti nota dan dia tak bersoal jawab.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nadir vs Ebit Lew aku menjangkakan muncul golongan "orang hebat' memfokuskan isu audit. Ianya sudah kedengaran. Aku menjangkakan ustaz Abu datang lagi, nah dia datang. Jangkaan aku selalu mengena.

Isu ini tidak akan senyap, mileage Ebit terlalu tinggi untuk didagangkan. 

Taksub dengan Ebit Lew.

Taksub bukan sikap aku, tapi biasanya analisa aku lebih kepada situasi lapangan atau pada-pada. 

Walau Ebit Lew selalu membantu, jarang sekali aku cerita.  Walaupun begitu aku kagum dengan usahanya seperti Dana Kita ataupun Uncle Kentang.

Dalam isu Gaza, aku simpati pada Ustaz Ebit. 

Apa yang Nadir bangkitkan selepas ini sukar untuk orang lain masuk Gaza. Kebenaran belum terungkap. Selepas ini jika orang lain mengeluh, tuduhan Nadir mungkin ada asasnya. 

Isu selebihnya lebih kepada situasi lapangan atau cara masing-masing. 

Contoh analisa lapangan.

  • Block chat - Orang menceceh tak tentu pasal, aku block. Awak rasa saya ada masa untuk pening kepala?.
  • Quotation - Seperti ustaz Ebit cakap, tidak semua quotation harus diterima. Kalau orang diam maksudnya tidak berminat. Berbesar hati sudahlah.
  • Duit Dana - Sekalipun orang wakaf pada Ustaz, biarlah ustaz tanggung. Kalau orang lain tak percaya jangan bagi lagi. Kalau nak report pada polis, report la. Golongan poyo akan gunakan audit keperluan ROS. Kalau keje site, orang banyak cakap camni, aku dah baling spanar. Buat sendiri. Pada-pada sudahlah. 
  • Gambar kanak-kanak - semua orang up gambar seperti itu, takde bunyi pun.
  • Rumah anak yatim - Jika rakyat Palestin tidak suka, tukarkan sahaja kepada sekolah. Boleh je kot pihak palestin bincang. Derma ini terpulang, ada yang mengikut keperluan ada yang mengikut kemampuan. Kalau terlalu rigid dengan derma, susah juga tu nak cakap. Kalau semua nak sumbang gaya macam negara arab, takde siapa nak bantu.
  • Mapim -  Dah tau kan projek tak jadi, kenapa sendiri tak nak pergi? Bila orang pergi dengki pula. Kalau pergi dengan mengumpul derma, kutip la sendiri.
  • Caprice tak dapat masuk - dia pergi dengan siapa? tiba-tiba nak salahkan orang. Sakit.!.
  • Ustaz Abu - Kau saman je la team Ebit Lew tu. Aku pun tak baca apa tomahan team dia kat ko. Yang aku baca ko kena hentam dengan netizen.

Semak layan perkara remeh. Buat benda bodoh untuk dapat like.

No comments:

Post a Comment